in

#PrayForBeirut Malaysia Sedia Hulur Bantuan Kepada Lubnan – TS Muhyiddin

Gambar Hiasan 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita mengenai letupan besar yang dahsyat di Beirut, Lubnan semalam menggemparkan seluruh dunia. Musibah itu sekurang-kurangnya telah meragut sebanyak 135 nyawa dan 5000 orang tercedera sehingga kini.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara juga mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat negara itu atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut petang semalam.

Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu serta berdoa agar mereka tabah menghadapi dugaan ini katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

“Malaysia bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh Lebanon.

“Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia di Beirut dilaporkan selamat,” 

Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Lebanon atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menggemparkan…

Posted by Muhyiddin Yassin on Rabu, 5 Ogos 2020

Presiden Lebanon, Michel Aoun menegaskan adalah sesuatu yang ‘tidak boleh diterima’ apabila 2,750 tan ammonium nitrat disimpan di dalam gudang dalam keadaan tidak selamat.

Sementara itu Perdana Menteri, Hassan Diab menyifatkan kejadian itu sebagai ‘malapetaka’ dan sesiapa yang bertanggungjawab akan diambil tindakan tegas.

Keadaan Lubnan kini terumbang ambing selepas terpaksa menempuh wabak Covid-19, krisis ekonomi dan kini terpaksa isytihar darurat susulan kejadian letupan itu.

 

Walau apa pun yang terjadi, pelangi akan muncul selepas hujan. Stay strong Lubnan!

Baca: Orang ramai tidak akan dapat membina semula kehidupan mereka; Kerosakan Akibat Letupan Beirut Cecah RM62.9 Bilion

12 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.