in

“Orang ramai tidak akan dapat membina semula kehidupan mereka” – Kerosakan Akibat Letupan Beirut Cecah RM62.9 Bilion

2217486 488677141

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat letupan di ibu kota tersebut, Beirut menganggarkan kerosakan antara AS$10 bilion hingga AS$15 bilion (RM41.9 bilion hingga RM62.9 bilion). Seluruh kawasan ibu kota Lubnan dilihat mendatar dan hangus di kawasan sekitar letupan itu.


Ada gambar yang menunjukkan sebuah kelab dan kawasan makan yang berkembang pesat diselubungi kaca pecah dan serpihan, manakala kerosakan pada bangunan dapat dilihat sejauh beberapa kilometer di seluruh bandar.

Pesakit terpaksa dihantar ke padang
208139199 A7Ff9F1A07 B

Berikutan dengan letupan itu juga, ia telah menghasilkan kawah seluas 200 meter yang dipenuhi air laut. Di sekitarnya, kapal persiaran terbalik di dalam air. Lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, majoriti kawasan bandar dipenuhi dengan kereta musnah serta serpihan bertaburan. Tingkap pecah, bumbung rosak dan ada yang terbalik.

Dalam pada itu, Gabenor Beirut, Marwan Abboud, berkata letupan itu menyebabkan hampir 300,000 orang kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan kerosakan sehingga AS$15 bilion (RM62.9 bilion).

Tambahnya, pihak berkuasa kini sedang berusaha untuk memberi mereka yang kehilangan tempat tinggal makanan, air dan tempat berlindung. Sebelum ini, kabinet Lubnan ada mengisytiharkan darurat selama dua minggu di ibu kota itu dan menyerahkan kawalan keselamatan Beirut kepada tentera.

Dron 1596696806 1

Terkini, angka kematian berjumlah 135 orang, tetapi jumlah itu dijangka meningkat ketika pencarian mayat terus dijalankan. Lebih 5,000 orang cedera. Walaubagaimanapun, sehingga kini punca letupan tidak diketahui.

Namun begitu, ia dikaitkan dengan 2,750 tan amonia nitrat yang dirampas dan disimpan di gudang di pelabuhan Beirut sejak tahun 2014.

“Seperti yang kita tahu, Beirut sudah hilang dan orang ramai tidak akan dapat membina semula kehidupan mereka,” kata seorang wanita yang sedang menyapu kaca dari jalan di sekitar bangunan yang pernah menempatkan karya seorang pereka terkenal dari Lubnan.

Ramai orang marah dan menyalahkan ‘kebodohan’ dan kurangnya tanggungjawab oleh pegawai terlibat atas letupan itu.

Malah hospital turut dibanjiri oleh mangsa yang cedera, disebabkan salah satu kemudahan hospital rosak dalam letupan itu, pihak hospital terpaksa memindahkan semua pesakitnya ke padang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Disebabkan itu,  kumpulan Bank Dunia semalam menyatakan bahawa pihaknya telah bersedia untuk menilai kerosakan dan keperluan Lubnan, dan akan berusaha untuk membantu menggerakkan pembiayaan awam dan swasta bagi pembinaan semula dan pemulihan.

 

Baca : “Tiada apa-apa lagi yang tinggal” -Hospital Di Beirut Rosak Teruk Sampai Doktor Terpaksa ‘Reject’ Pesakit

Hospital

Sumber: Flickr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.