in

“Power bini pertama dia” – Isteri Kedua Mengadu Nasib Pasal ‘Bermadu’ Tapi Netizen Ramai Sokong Bini Tua

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata orang dulu-dulu, masa bercinta semuanya manis, kentut pun bau wangi. Tapi bila dah tinggal sebumbung, baru tahu perangai sebenar seseorang.


Baru-baru ini, satu perkongsian di grup Kisah Rumah Tangga Fans di Facebook telah tular di media sosial mengenai luahan isteri kedua yang telah pun mendirikan rumah tangga hampir 8 bulan.

Dalam perkongsian tersebut, wanita ini mengatakan yang dia bercerita kerana mahukan pendapat dari orang ramai.

Madu block kad kredit suami

Resort World Langkawi Honeymoon

Menurut wanita ini, dia dan suaminya berkahwin atas persetujuan dari isteri pertama. Namun, ketika dia dan suaminya pergi berbulan madu di Langkawi untuk tidur di bilik berharga RM4,500 yang ditempahnya, lain pula yang jadi!

Bila sampai di sana, dia dapat tahu yang madunya telah pun block kad kredit suaminya hingga dia terpaksa menukar bilik berharga RM600.

Malu, tapi suami tak nak call bini dia untuk tanya. 4 hari duduk langkawi spoil mood aku, dengan cash kurang…”

Madu ambil semua perabot dalam rumah

Salam Good Morning Update Rumah Sewa Taman Mawar Pasir Gudang Sebaik Si

Tak cukup dengan itu, bila pulang dari berbulan madu, wanita ini mendapati rumah tempat mereka sepatutnya duduk yang dah lengkap dengan barang-barang jadi kosong dan hanya tinggal tv, peti sejuk dan satu tilan tanpa katil.

Perabot lain madu aku angkut letak rumah dia. Lepas tu bagitau, kami kena bayar sewa rumah tu RM250 bayar kat bini dia. Suami mula bayar juga. Walaupun aku halang.”

Kereta dari Honda tukar ke Viva

Perodua Viva Depan

Tambah wanita ini lagi, madu ini juga turut tukar kereta suaminya yang dulu memakai Honda HRV kepada Perodua Viva.

Kereta suami yang dulu Honda HRV bini dia pergi tukar bagi Viva je. Madu aku ada dah dua biji kereta besar, Honda ni pun dia nak jugak.

Malu weh nak balik rumah mak aku. Satu persatu madu aku buat nak bagi kami berpisah. Ya pun dia tak pernah cara kasar tapi cara ni dia bagi aku rasa hidup aku dan suami sengsara.”

Wanita ini turut mengaku ekoran tindakan dari madunya itu, dia kini rasa meluat dengan suaminya.

Suami aku janji nak bagi aku kesenangan. Rupanya dia pun tak kaya. Yang kaya madu aku, suami aku kerja dengan bini dia. Nak berpisah malu dengan adik beradik dengan mengandung lagi ni.”

“Power bini pertama dia”

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang membaca luahan hati wanita ini semua berpihak kepada bini pertama yang dikatakan bijak menyedarkan suaminya.

Screenshot 2021 10 15 At 12.09.11 Pm Down

Aduh, nak kongsi kisah sedih tak pasal-pasal kena kecam pulak. Patutlah suami dia diam je isteri pertama buat macam-macam, rupanya… 

 

Baca: [VIDEO] Isteri Pertama ‘Hantar’ Jengkaut Robohkan Rumah Baru Dibeli Oleh Suami Untuk Isteri Kedua

Screenshot 2021 10 15 At 12.37.45 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.