Isu poligami ini sememangnya sensitif buat ramai wanita. Tak semua isteri sanggup berkongsi suami dan dimadukan, betul tak?
Seperti seorang wanita di Indonesia baru-baru ini yang membuat keputusan mengejutkan dan tindakan drastik gara-gara dirinya dimadukan. Menurut Tribun, wanita terbabit telah ‘menyerang’ seorang janda anak satu selepas mendapat tahu dia dimadukan suaminya.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 3 Ogos lepas di Desa Mangga Dua, sebuah kampung yang terletak di Sumatera Utara. Melalui sebuah video viral, wanita yang merupakan isteri pertama itu telah menggunakan jengkaut untuk memusnahkan rumah madunya yang lebih muda.
Rumah tersebut dilaporkan telah dibeli oleh suaminya dan diberikan kepada isteri kedua. Melalui video itu, boleh dilihat ramai penduduk kampung berkumpul di kawasan rumah dan berlaku kekecohan ketika jengkaut berkenaan memusnahkan rumah tersebut.
Bagaimanapun, menurut pihak polis mereka masih belum menerima laporan daripada mangsa dan difahamkan kesemua yang terlibat sedang menyelesaikan masalah keluarga mereka secara peribadi.
Menurut Sosok, isteri kedua tersebut bukan penduduk setempat dan baru berhijrah dari Medan. Malah, rumah tersebut juga dilaporkan masih baru serta belum dilengkapi dengan perabot kerana baru selesai dibina.
Tonton video di bawah:
Baca: “Saya tak pernah bagi izin…” – Tak Tahu Suami Poligami, Rupa-rupanya Berjiran Dengan Madu Sendiri!