in

Port Bergambar Dekat Pulau Perhentian Kini Mungkin Boleh Ragut Nyawa Korang!

Perhentian Kincir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang suka bercuti di pulau-pulau kat Malaysia ni, Pulau Perhentian antara pulau yang awesome sebab ada banyak tempat menarik korang boleh lawati. Antara yang jadi perhatian di pulau tu ialah kawasan kincir angin yang terletak di atas bukit.

Windmill kat Pulau Perhentian ni agak femes sebab permandangan kat situ memang indah dan ia dah jadi port bergambar paling menarik bagi pelancong.


Namun baru-baru ni, satu tweet di Twitter ni beri peringatan akan risiko yang menanti korang jika pergi ke sana. Katanya kalau tak berjaga-jaga, boleh tempah maut tau! 

https://twitter.com/VIRALDOTMY/status/1044660786314936320

Dn9Havcvsaalfc6
sumber: twitter

View dekat kawasan windmill ni memang marvelous habis. Tapi bila korang tengok laluan nak naik ke atas kincir angin ni, memang gerun! Kayu dan besi yang support laluan semuanya dah reput-reput. 

Dn9Hbfuuuaadapy
sumber: twitter
Dn9Hdlsvyaatvf1
sumber: twitter

Tempat ni jugak dah semakin terjejas kecantikannya sebab ada di kalangan pelancong suka buang sampah sarap di laluan yang berlubang. Apa punya perangai lah korang ni! 

Dn9Hev6U0Ay58Gg
sumber: twitter
Dn9Hfdyu0Ae2Cg3
sumber: twitter

Macam manapun dengarnya kawasan ni telah dijadikan tempat larangan dan tak selamat untuk dikunjungi ramai. Tapi sungguhpun dah jadi tempat larangan, ada jugak pelancong yang tetap datang sini untuk tangkap gambar dan promote Pulau Perhentian.  

Dn U Huwsaikdw2
sumber: twitter
Dn9Hgdeu4Aanipc
sumber: twitter
Dn9Hhnyu8Aaqsk2
sumber: twitter

Tweet ni dapat perhatian netizen yang tak puas hati dengan keadaan tempat pelancongan tersebut. Ada yang merungut Pulau Perhentian kutip cukai at least RM5 sekepala tapi masih tak dapat nak perbaiki kemudahan yang rosak kat pulau tu! Wuish jangan sampai ada yang cedera baru pihak berkuasa nak ambil tindakan!

Cukai
sumber: twitter

Menerusi carian admin di blog-blog travel, pada tahun 2012, laluan bertangga tu masih nampak elok dan kukuh. Tak sangka pulak jadi macam ni lepas 6 tahun berlalu. Uhuhu!

2012
sumber: blog
Img 20140915 175524
gambar tahun 2014 | sumber: blog

Diharapkan dengan pendedahan ni adalah pihak atasan yang bertanggungjawab akan ambil tindakan sewajarnya untuk baikpulih keadaan laluan ke kincir angin kat Pulau Perhentian. Rugi kalau dibiar macam tu je sebab ni pusat pelancongan yang terkenal kat pulau tu.

Semoga tak adalah perkara buruk yang berlaku kat pelancong ke kawasan kincir angin ni. 

Baca: Bila Dah Viral Baru Nak Betulkan! Jalan Berlubang Bahayakan Pemandu di Melaka Akhirnya Ditutup

Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.