in

Polis Jelaskan Lelaki Yang Gantung Anjing Ada Masalah Mental

672286 1

Semalam, ada satu video yang telah mengundang kemarahan netizen akibat sikap tidak berperikemanusiaan seorang lelaki yang tergamak menggantung anjingnya di dahan pokok sampai menggelupur anjing itu satu badan.

Dalam video yang berlaku di Batu 17, Sungai Sedu, Jalan Banting-Klang ini, lelaki itu ikat mulut anjing dan gantung.

 

Lelaki itu telah ditahan oleh bahagian kebajikan haiwan itu kira-kira pukul 11 malam, semalam di rumahnya dan diserahkan kepada polis untuk tujuan reman hari ini bagi membantu siasatan,”

672286

Menerusi Bernama, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pihaknya menerima satu laporan mengenai insiden berkenaan daripada wakil Bahagian Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Cawangan Banting kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Katanya lagi,  siasatan mendapati kejadian itu berlaku di hadapan rumah lelaki yang berumur 45 tahun itu, dia juga turut mengaku anjing tersebut adalah miliknya.

Semakan rekod mendapati bahawa lelaki tersebut mempunyai masalah mental, dia tidak bekerja dan tinggal bersama keluarganya di rumah berkenaan. Dia pernah mendapatkan rawatan berkaitan di Hospial Banting sejak tiga tahun lepas.

“Pemeriksaan awal ke atas anjing itu mendapati ia tidak dicederakan. Kes disiasat oleh Bahagian Kebajikan Haiwan DVS Cawangan Banting mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722).”

 

Baca : “Panggil polis tak ada hal saya tak takut” – Kejam! Lelaki Gantung Anjing Peliharaan Di Dahan Pokok Sampai Menggelupur

Anjing4 1

Sumber: The Star