Polis Berbalas Temb*kan Warga Emas Ma*t Di Lokasi Kejadian

Tambah ke Sumber Pilihan
Warga Emas

Seorang lelaki berusia 63 tahun maut selepas berbalas tembakan dengan polis dalam satu kejadian di Taman Molek, Johor Bahru, Jumaat baru-baru ini.

Screenshot 2025 03 09 At 3.00.00 Pm
Gambar Hiasan

Memetik laporan Malaysia Kini, kejadian berlaku sekitar jam 3.10 pagi apabila anggota polis yang sedang melakukan rondaan mengesan sebuah motosikal Honda Vario yang ditunggang oleh lelaki tersebut dalam keadaan mencurigakan.


Ketika dihampiri untuk pemeriksaan, suspek secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis, memaksa pihak berkuasa membalas tembakan demi mempertahankan diri.

Lelaki itu terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

Pihak polis turut menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson di kawasan berhampiran bersama beberapa butir peluru hidup dan kelongsong peluru.

Artikel berkaitan: Suspek Kes Tembak*n di Setia Alam Larikan Diri Dengan Tahan Sebuah Kereta, Paksa Pemandu Bawa Keluar Dari Pusat Beli Belah

Artikel berkaitan: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Insiden Tembak*n & Letup*n B*m Di Sungai Golok

Warga Emas

Semakan mendapati suspek memiliki 14 rekod jenayah dan berkaitan dadah, termasuk kes di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Senjata 1960.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Polis Berbalas Temb*kan Warga Emas Ma*t Di Lokasi Kejadian
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/polis-berbalas-tembkan-warga-emas-mat-di-lokasi-kejadian/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM