in

Pok Lam Jual Kuih Pakai Baju Dragon Ball Cuit Hati Netizen

Page Goku 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pok Lam Jual Kuih Pakai Baju Dragon Ball Cuit Hati Netizen
Loading
/

Sekarang ini macam-macam strategi yang digunakan oleh peniaga bagi menarik minat pelanggan untuk membeli barangan mereka. Peniaga juga tidak segan untuk mengambil pelbagai risiko bagi melariskan barangan yang dijual.


Terbaru, menurut WORLD OF BUZZ, seorang peniaga kuih melayu dari Terengganu telah tular di Facebook kerana mengenakan kostum Dragon Ball Z semasa sedang berniaga. Roslan Mustaffa, atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Lam, 50, merupakan seorang peniaga yang menjual kuih menganang dan kuih bakar di Jalan Bukit Bayas. Sporting beb!

H2 1
sumber: wob

Menurut Sinar Harian, Pok Lam tidak menyangka idea memakai kostum itu telah tular dan mendapat banyak sambutan daripada pengguna laman media sosial. Dia juga memberitahu telah mendapat banyak panggilan bertanyakan hal tersebut.

Sebenarnya cadangan nak pakai kostum ini sekadar suka-suka sebab kami sekeluarga memang minat siri animasi ini.”

H3 1
sumber: wob
H5 1
sumber: wob

Pok Lam menjelaskan bahawa dia membeli kostum tersebut ketika pergi ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia juga turut membelikan baju watak Naruto dan Sasuke daripada rancangan anime Naruto untuk anaknya yang turut mengenakan pakaian itu ketika menolongnya berniaga kuih. Wah!

“Dua lagi anak saya turut memakai pakaian dua watak kartun daripada cerita Naruto dan mereka akan bantu saya berniaga pada hari cuti sekolah.”

H4
sumber: wob

Selain itu, Pok Lam menyatakan bahawa dia berasa puas hati dengan tindakannya untuk memakai kostum tersebut ketika berniaga kerana berjaya menghiburkan hati pelanggannnya.

“Saya rasa dengan sambutan hangat yang ditunjukkan ini, ia amat berbaloi walaupun saya terpaksa berbelanja lebih bagi membeli tiga kostum yang ada buat masa ini.”

H6
sumber: wob

Sementara itu, Pok Lam dan anak-anaknya merancang untuk memakai kostum tersebut sepanjang bulan Ramadhan bagi memberikan kelainan ketika berniaga di kedai kuihnya.

Ujarnya lagi, memandangkan percubaan memakai baju ini berjaya, dia bercadang untuk menyediakan dan memakai pakaian siri animasi Jepun pelbagai watak untuk 10 orang bakal pekerjanya sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Wah, memang lain dari yang lainlah!

Baca: Ada Hantu! Wanita Buat Kejutan ‘Ubah Anak Jadi Annabelle di Teluk Cempedak

H1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.