Banyak bangunan ikonik yang menjadi simbol negara Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur, namun Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tidak akan menambah lagi mercu tanda yang baru.
Beliau yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan itu sebaliknya ingin memberikan tumpuan kepada apa yang dipanggil ‘Kota Contoh’ dari segi kebersihan, keindahan dan ruang kepada golongan peniaga serta penjaja yang disifatkan nadi pembangunan ekonomi negara.
“Di bawah pentadbiran Anwar, saya tidak berhajat buat satu lagi mercu tanda, cukuplah ada menara berkembar, bangunan Tun Razak Exchange (TRX) dan menara lain.
Zaman Anwar fikir yang perlu untuk menjana keupayaan kota contoh daripada segi kebersihan, keindahan dan ruang kepada golongan peniaga menengah selain tumpuan kepada penjaja serta warung yang mencecah ratusan ribu orang,” katanya.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu menyatakan perkara tersebut ketika berucap dalam majlis dialog Belanjawan 2023 hari ini.
Baca: “Penuh istiadat” – PM Disambut Meriah Oleh Presiden Jokowi Semasa Sesi Lawatan Ke Indonesia