Bimbang mengenai ancaman penularan COVID-19, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan masih tidak membenarkan rakyat Malaysia ke luar negara.
Larangan itu termasuk terhadap pelajar yang ingin pulang untuk menyambung pengajian mereka di luar negara.
Beliau mengambil contoh Indonesia, yang merekodkan risiko penularan tinggi sama seperti Amerika Syarikat dan Brazil.
Jelasnya, kebanyakan negara lain juga masih belum membenarkan kemasukan rakyat asing ke negara mereka.
Justeru bagi mengurangkan ancaman penyebaran wabak itu, beliau menegaskan kerajaan masih belum dapat membenarkan rakyat Malaysia ke luar negara buat masa ini.
Baca: Mulai 1 Jun, Rentas Negeri Untuk Urusan Kerja & Kecemasan Dibenarkan Semula