in

Mulai 1 Jun, Rentas Negeri Untuk Urusan Kerja & Kecemasan Dibenarkan Semula

Untitled Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 1 Jun, kerajaan akan memberi kelonggaran untuk membenarkan perjalanan rentas negeri bagi tujuan kerja dan kecemasan, seperti kematian dan kes perubatan.


Malah, suami isteri yang tinggal berjauhan juga dibenar untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi bertemu pasangan masing-masing.

Lebuhraya Plus 1

Dalam sidang media hariannya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata — perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.

21 Mei lalu, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang perjalanan rentas negeri bagi mengelakkan penularan COVID-19 buat sementara waktu — menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 Mei lepas.

Rakaman penuh sidang media boleh ditonton di sini.

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).#BHTV#METROTV#NSTTV

Posted by Harian Metro on Friday, May 29, 2020

 

Baca: “Bukan tak bagi balik kampung dan ziarah semasa Hari Raya tapi mampukah patuh SOP” – Ismail Sabri

Capture 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.