in

PKP Yang Lebih Ketat Boleh Dikenakan Sekiranya Kes Covid-19 Semakin Meningkat – KJ

Page Pkp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Kes Covid-19 di negara kita dilihatkan semakin meningkat dan boleh dikatakan masih jauh dari fasa endemik” – KJ


Baru-baru ini Khairy Jamaluddin memberi kenyataan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita boleh beransur pulih sekiranya pesakit Covid-19 tidak lagi membanjiri hospital dan pusat-pusat kesihatan di Malaysia.

Menurut Code Blue, KJ berkata, Malaysia masih jauh dari fasa endemik kerana kes baharu terus menunjukkan peningkatan dan berisiko tinggi untuk menghadapi gelombang keempat Covid-19 bermula Disember ini.

Khairy Jamaluddin Nov 15

Bukan itu sahaja, KJ turut memaklumkan yang kapasiti hospital dan pusat kesihatan yang lain semakin berkurangan dan perkara ini membimbangkan pihaknya malah memberi amaran bahawa PKP yang lebih ketat boleh dikenakan sekiranya kes masih lagi meningkat di masa akan datang.

“Sekiranya ada yang mengatakan kita akan menang, kita dah tersilap. Kita masih jauh lagi” – KJ

Malah pergerakan sosial dan aktiviti-aktiviti yang tertentu juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk disekat sekiranya kes semakin meningkat hari demi hari.

Ini kerana, bila-bila masa sahaja bendera merah akan dinaikkan oleh pihak Kementerian Kesihatan jika kapasiti pusat perubatan terutamanya ICU semakin penuh dan ini akan menyebabkan sistem amaran yang lebih tinggi akan digunakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Icu Penuh Bukan Perkara Main Main

Khairy Jamaludin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas negara kita menunjukkan peningkatan kes dalam masa 2 minggu berturut-turut. Oleh itu, Malaysia kini telah menggunakan penampan hasil pengurangan kes Covid-19 sebagai langkah awal untuk menghadapi gelombang keempat.

Malah, KJ turut meminta orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga SOP walaupun hanya berjumpa dengan keluarga terdekat kerana ketika ini kes banyak yang berpunca dari kontak rapat dan ahli keluarga.

Baca: “Senang nak guna” – Rupanya Ada ‘Lollipop’ Test Kit Covid-19, Sesuai Untuk Budak Ada Masalah Meludah

Untitled 2 12

Sumber: CodeBlue
Sumber: 1Media

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.