in

Kuching Kembali Diisytihar Zon Merah, Gelombang Kedua Kini Melanda?

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kerajaan memberi banyak kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, semakin ramai pula yang leka dengan penularan Covid-19.


Belakangan ini, semakin banyak kes jangkitan yang direkodkan di Kuching selepas munculnya Kluster Sentosa. Melihatkan situasi ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengisytiharkan Kuching kini sebagai Zon Merah.

Shutterstock 682873819

Berita ini diumumkan sendiri oleh beliau dalam laman Facebook miliknya pada Sabtu lalu. Terang beliau, hospital yang terlibat kini telah ditutup kepada orang awam dan semua kakitangan telah dikuarantin dalam hospital.

4 lagi kes baharu hospital Kluster Sentosa. Hospital ini telah ditutup kpd org awam. Semua kakitangan dikuarantin dalam…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Sabtu, 25 Julai 2020

“Pengesanan kontak rapat juga telah dan sedang dijalankan. 677 individu telah disaring dan diuji. 657 masih menunggu keputusan dan Kuching Sarawak telah menjadi Zon Merah,” tulisnya.

Diharapkan supaya rakyat Malaysia terus mengamalkan penjarakan sosial dan memakai topeng muka apabila berada di tempat awam untuk mengelakkan jangkitan Covid-19.

Sumber: Awani

BACA: “Benda mcm ni pun ada org jual?” – Dakwa Gelang Boleh Halang Covid-19, Penjual Kena Kompaun RM50,000

2Gelang

Sumber: Culture Trip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.