
Sebak! Ribut beserta hujan yang melanda dekat Perlis semalam telah menyebabkan beberapa kemalangan berlaku sehingga meragut 4 nyawa dalam kejadian kemalangan berasingan.
Namun, sangat memilukan apabila seorang wanita sedang sarat hamil 9 bulan menjadi salah satu mangsa yang meninggal dunia. Difahamkan, kereta yang dinaikinya dan suami bertembung dengan kenderaan seorang anggota polis pukul 9.30 malam semalam (17 September).


Menurut Utusan Online, kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Chabang, Padang Besar, Perlis ni telah meragut nyawa Mohd Hafiz Johari, 28, dan isterinya, Siti Asmah Abdul Khalid, 27, yang menaiki kereta Nissan Murano. Manakala anggota polis, Muhamad Amirul Naim Aziz, 24 yang memandu Kancil juga meninggal di tempat kejadian.
Mangsa, Siti Asmah dijangka melahirkan cahaya mata keduanya itu hari ini. Bagaimanapun, anak sulung pasangan tu, Alia, 4 dilaporkan terselamat. Isteri dan dua anak anggota polis tadi yang berusia 2 tahun dan 4 bulan jugak selamat. Syukurlah…


Dalam pada tu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Superitendan Muhammad Halim Yatim berkata, pihak polis sedang menyisat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
“Kesemua mayat tersebut akan melalui proses bedah siasat pada pukul 8.30 pagi ini,” katanya.
Al-Fatihah semoga roh mangsa yang terbabit dicucuri rahmat. Takziah buat keluarga mangsa.