in

Pilu… Empat Beranak Dikebumikan Satu Liang Lahad

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pilu hati melihat jenazah empat beranak dikebumikan satu liang lahad  di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai, Melaka jam 10.30 pagi tadi.


Jenazah diturunkan ke liang lahad satu persatu

Ahli keluarga dan sahabat handai menyelubungi tanah perkuburan, kira-kira 200 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada semua mangsa. Ditambah menyentuh perasaan bila melihat satu persatu jenazah diturunkan ke liang lahad.

51536467984 Tbberanak
Sumber: Astro Awani

Kemalangan yang melibatkan pasangan suami isteri, Nizam Daud, 51 tahun, dan Nur Faizlin Jamaludin@Samsudin, 37 tahun, serta dua anak mereka Nur Naqhia, 6 tahun, dan Mohd Niyaz, 2 bulan, dirempuh oleh sebuah treler.

71536397056 Freesize
Sumber: Astro Awani

Alhamdulillah, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang turut berada dalam kenderaan sama, terselamat dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat. Bayangkan anak ni kehilangan seluruh ahli keluarga sekelip mata…

Khabarnya, punca kemalangan disebabkan treler datang dari arah Segamat menghala ke Labis  terbabas lalu memasuki lorong kanan dan melanggar MPV tersebut dan semasa kemalangan tersebut lori ni tidak membawa apa-apa barang.

Ada enam rekod kesalahan lalu lintas

Pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan je dan ditahan dibawah Seksyen 41. Menurut siasatan polis, pemandu lori yang merempuh kereta tersebut mempunyai enam rekod lampau berkaitan kesalahan lalu lintas. Teruknya!

51536397043 Freesize
Sumber: Astro Awani

Semoga kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarga terus  tabah. Amin!

Baca: Sayu! Dua Beradik Mati Berpelukan Dalam Rumah Terbakar

Allahuakbar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.