in

“Pilih suami baru dari anak” – Kanak-Kanak Penuh Kesan Lebam & Calar Ditinggalkan Ibu Sendiri Depan Rumah Kebajikan

Kena Tinggal

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditinggalkan di depan rumah kebajikan oleh ibunya sendiri. Seorang pekerja kebajikan berkongsi tentang kisah menyedihkan itu di Facebook baru-baru ini.

Menurut WOB, pegawai polis di Lop Buri, Thailand berkata seorang wanita memakai helmet tiba dengan motosikal di rumah kebajikan tersebut pada 12 Januari lepas kira-kira jam 3.45 petang dan menyuruh kanak-kanak tersebut menekan loceng di pintu.

Budak1

Budak2
sumber: facebook

Apabila pekerja rumah kebajikan itu buka pintu, kanak-kanak tersebut sedang memegang beg dan berdiri di depan pintu. Namun, wanita yang menunggang motosikal itu hanya memberikan sepucuk surat dan terus beredar dari situ.

Ibu kanak-kanak itu menulis di surat mengatakan dia mahu anaknya diserahkan di bawah jagaan rumah kebajikan sepenuh masa kerana dia tidak mampu nak jaga dan jamin masa depan kanak-kanak tersebut.

Budak3

Budak6
sumber: facebook

Kaat ibu itu, dia orang miskin dan kini mempunyai keluarga baru serta tempat tinggal baru. Tapi, suami barunya itu tidak mahu menjaga kanak-kanak tersebut seperti anak kandungnya sendiri.

Saya minta maaf kerana berbuat sebegini tapi saya rasa ini adalah penyelesaian terbaik. Saya sayang anak perempuan saya tapi saya terpaksa.”

Budak4

Budak5
sumber: facebook

Kanak-kanak tersebut ditinggalkan bersama satu beg plastik berisi pakaian, mainan dan beberapa barangan lain. Polis juga berkata terdapat kesan lebam dan parut pada badan kanak-kanak itu menandakan dia telah menjadi mangsa penderaan.

Pihak kebajikan kemudian terus menghantarnya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Baca: “Bukan dijaga malah diseksa!” – Isteri Tergamak Aniaya Suami OKU, Pukul & Seret Bila Kurang Duit Mengemis

Isteri Durhaka