in

Pihak Produksi Dibenarkan Membuat Penggambaran Bermula 10 Jun-Ismail Sabri

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk semua penggiat seni. Kerajaan telah membenarkan penggambaran untuk filem, drama, iklan dan sebagainya bermula 10 Jun ini, lapor Mstar.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa pihak produksi boleh memulakan penggambaran dan diminta supaya pihak produksi dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pada mesyuarat sebelum ini.

Shoot1

“Walau bagaimanapun, aktiviti penggambaran juga mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan terutamanya mengenai penjarakan sosial, tidak membolehkan perhimpunan yang ramai dan sebagainya” 

Dalam pada itu, beberapa prosedur perlu dipatuhi oleh pihak produksi semasa menjalankan sesi penggambaran seperti melakukan mesyuarat atau uji bakat online, mengemukakan rekod perjalanan kepada semua kru dan artis sebelum penggambaran.

Shoot

Selain itu, pihak produksi perlu melantik pihak penyelia keselamatan semasa penggambaran dijalankan.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan buffet untuk artis dan kru tidak dibenarkan selain juru make up dan penata rias perlu mengikut prosedur dengan memakai face shield dan mencuci tangan sebelum dan selepas make up artis.

Shoot2

Namun begitu, program rakaman ataupun program live yang melibatkan penonton masih tidak dibenarkan.

Baca : “Benarkanlah kami shooting” – Penerbit Fadzil Teh Minta Kerajaan Izinkan Syarikat Produksi Jalani Penggambaran

Shooting

Sumber: Mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.