Kontroversi dan Iqram Dinzly sudah ibarat isi dan kuku. Dia juga tidak putus mendapat tohmahan netizen gara-gara aksi-aksi peliknya di media sosial yang membuatkan orang ramai menganggapnya tidak waras.
Walau bagaimanapun, Iqram sudah berkali-kali tampil menjelaskan isu ini dimana katanya, dia hanya menjadi diri sendiri dan berkarya, tak kurang juga mengatakan bahawa aksinya adalah sekadar gimik perniagaannya.
Antara persoalan daripada netizen adalah adakah Iqram melakukan perbuatan ini kerana sudah tidak menerima tawaran berlakon. Menurut Harian Metro, Iqram Dinzly menjelaskan bahawa dia sendiri yang tidak mahu bergelumang dalam dunia glamor.
Ujar Iqram, dia mengambil keputusan itu kerana menghadapi masalah bayaran dan sikap pilih kasih segelintir syarikat produksi. Katanya permintaan pihak produksi menginginkan hasil kerja yang bagus tidak setanding dengan apa yang mereka berikan kepada anak seni dan kru.
“Sepanjang berlakon, saya berasakan diri tak pernah dihargai. Kalau dapat tawaran, diberikan harga murah. Pendek kata seni ini dilayan seperti sampah. Buat apa saya nak sia-siakan perkara ini.”
Iqram juga memberitahu bahawa dia hairan mengapa di Malaysia semakin lama anak seni berkecimpung dalam industri, semakin murah bayaran mereka. Hal ini menyebabkannya menarik diri dari industri seni dan lebih selesa bermain di alam maya kerana mendapat lebih sambutan.
Walaupun mendapat kecaman, tak mengapa…”
Selain itu, Iqram turut berkongsi mengenai isu cukai pendapatannya yang terdapat sebanyak RM200,000 tunggakan. Katanya, dia telah melantik ejen bagi menyelesaikan isu tersebut dengan pihak terbabit, namun, tiada sebarang kerjasama serta diminta mengemukakan bil dari 10 tahun yang lalu dan diugut saman jika tidak dapat diselesaikan.
“Saya tak ada masalah jika ini keputusan mereka. Namun, jika ia boleh mengganggu kesihatan ibu, saya takkan duduk diam.”
Sementara itu, Iqram memberitahu kini dalam usaha memperkenalkan ideologi baru iaitu Bawa Abata Merebucks. Jelasnya, idea ini adalah berkaitan seni, budaya dan adat di mana tiga aspek ini dilihatnya semakin pudar dalam diri masyarakat Malaysia.
Jadi, saya nak uar-uarkan kepada semua dan mencari pelabur untuk menggerakkan lagi usaha ini.”
Nampaknya memang tak dapatlah tengok Iqram berlakon drama lagi dah.
Baca: “Macam c*lako joget s*x camtu!” – Netizen Kecam Johan As’ari Ikut Berjoget Dengan Iqram Dinzly