in

“Benarkanlah kami shooting” – Penerbit Fadzil Teh Minta Kerajaan Izinkan Syarikat Produksi Jalani Penggambaran

Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga ke 28 April ini. Timbul ura-ura beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibenarkan untuk beroperasi semula sepanjang tempoh PKP yang baru ini.


Melihatkan situasi ini, penerbit Fadzil Teh tampil bersuara memohon agar kerajaan memberikan kelonggaran kepada syarikat-syarikat produksi untuk kembali menjalani penggambaran dengan bersyarat sepanjang tempoh PKP ini.

Fadzil Teh yang juga pemilik syarikat Zeel Production Sdn Bhd turut berkata kepada Harian Metro, penggambaran akan dilakukan di tempat yang tidak menjadi tumpuan ramai.

“Mungkin boleh senaraikan beberapa peraturan contohnya tidak dibenarkan menjalankan penggambaran di tempat tumpuan orang ramai. Selain itu, pihak produksi juga mesti menepati syarat seperti kebersihan diri dan sebagainya”

 

Whatsapp Image 2019 03 19 At 14.57.35

Sambung Fadzil Teh lagi, ramai tenaga kerja belakang tadbir yang hilang punca pendapatan semenjak PKP dijalankan.

“Kalau tidak ada job, maka tiadalah pendapatan buat mereka”

Beliau turut meluahkan rasa simpati dan tidak mahu melihat anak-anak seni meminta bantuan kewangan daripada kerajaan. Malah, Fadzil Teh sendiri mempunyai dua karya yang tergendala akibat daripada PKP ini.

Jika dilihat daripada perspektif lain, ada benarnya luahan penerbit ini. Mungkin hasil filem atau drama daripada penggambaran ini boleh menceriakan rakyat Malaysia yang tertekan semasa tempoh PKP. Sentiasa positif okay!

Sumber: Harian Metro

 

BACA: Tuan Rumah Mahu Seks Dan Gambar Bogel Sebagai Ganti Bayaran Rumah Sewa Semasa Krisis Covid-19

Untitled 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.