in

Pesakit Meninggal Dunia Kerana Lambat Dapatkan Rawatan Akibat Pemandu Enggan Beri Laluan Pada Ambulan

Ambulan Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang pemandu sudah semestinya setiap orang tahu dan sedar untuk memberi laluan kepada ambulan yang memasang siren. Jika anda hanya ‘buat bodoh’, pelbagai masalah boleh berlaku disebabkan sikap mementingkan diri itu.

Salah satunya adalah seperti kes ini di mana pengguna jalan raya enggan memberi laluan kepada kenderaan yang sedang di dalam kecemasan! Menurut Coconuts, kes terbaru ini berlaku di Medan, Indonesia kira-kira jam 9 malam pada 9 Oktober lalu.


Ambulan 1
sumber: instagram

Sebuah ambulan dilaporkan dalam keadaan tergesa-gesa mahu ke hospital membawa seorang pesakit. Bagaimanapun, banyak kenderaan di jalan raya pada ketika itu mementingkan diri dan enggan memberi laluan kepada ambulan tersebut.

Disebabkan kelewatan tiba di hospital untuk mendapatkan rawatan, pesakit tersebut malangnya disahkan meninggal dunia!

Ambulan 3
sumber: google maps

Difahamkan, pasukan paramedik telah menjemput pesakit itu dari Rantauprapat dan sedang dalam perjalanan untuk ke Hospital Adam Malik. Jarak di antara kedua-dua tempat itu hanyalah sejauh 10 kilometer!

Beberapa gambar dimuat naik di media sosial pasukan pengiring, Indonesians Escorting Ambulance (IEA) mendapat perhatian ramai rakyat di negara itu. IEA merupakan pertubuhan NGO yang terdiri daripada orang awam berdedikasi bagi membantu memastikan jalan raya lancar untuk dilalui ambulan yang sedang dalam kecemasan. Bagusnya inisiatif mereka!

Salah seorang ahli IEA, Steven Willy Andry memberitahu wartawan usaha mereka selama 45 minit untuk melancarkan lalu lintas hanyalah sia-sia.

Siren sudah dipasang dan telah dinyalakan dari jauh dengan kuat sekali. Namun, kereta-kereta itu semua masih memandu di lorong mereka. Kami, pasukan pengiring cuba untuk membuka jalan namun kereta itu semua menghalang laluan.”

Menyedari pemandu itu semua hanya mementingkan diri mereka, mereka menukar laluan untuk ke hospital lain yang lebih dekat. Sebaik sahaja tiba di perkarangan hospital yang lebih dekat itu, pesakit tersebut malangnya disahkan meninggal dunia.

Ambulan 2
sumber: instagram

Apa masalahnya sampai tak bagi laluan pada ambulan. Memang pentingkan diri sendiri betul pemandu tu semua!

Cuba bayangkan kalau pesakit di dalam ambulan itu adalah ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda sayangi?

Baca: Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar

Liver

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.