in

“Perut Gadis Membuncit, Ada Bayang-bayang di Dinding Rumah” – Sekeluarga Disihir Kerana Hasad Dengki Seseorang

Featured Sihirs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat perasaan hasad dengki yang membuak-buak, sanggup seseorang itu menyihir sebuah keluarga yang tidak disukainya.


Kesan dari sihir tersebut, seorang wanita telah dianggap gila oleh masyarakat di sekelilingnya kerana dia sering dilihat bercakap sendirian, menggeleng-geleng kepala dan bergaduh dengan seseorang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Menurut Sinar Harian, wanita tersebut dikatakan terkena buatan sihir oleh seseorang berhasad dengki dengan keluarganya. Disebabkan sihir itu, rumah mangsa sering dirasakan berbahang dan tidak selesa untuk didiami sehinggakan dia terpaksa menumpang di rumah kawan untuk makan dan berehat. Kesiannya…

Malah dia juga suka berkurung di dalam bilik untuk bersendirian dan berada di dalam dunianya sendiri.

Alone Bed Dark Girl Favim.com 2165970
gambar hiasan

Hal ini juga memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya, malah ibu dan abangnya juga turut mengalami situasi pelik dan tidak selesa tinggal di rumah sendiri.

Tidak tahan dengan dugaan yang menimpa, mereka akhirnya merujuk ke Pengamal Perubatan Islam Iyra Shifa, Ahmad Iqbal Nasuha Kamel yang mula melakukan rawatan.

Sihir
sumber: sinar harian

Antara perkara yang mengejutkan berlaku ketika awal perubatan ialah tiba-tiba saja dua ekor ular keluar dari tanah dengan seekor darinya sudah mati. Pun begitu, seekor lagi melarikan diri tanpa diketahui apa spesisnya.

Ulars
sumber: sinar harian

Ular yang mati tadi kemudian dimasukkan ke dalam air Yasin yang seterusnya mengeluarkan bau busuk yang teramat. Peliknya, ular tersebut baru saja mati. Tak logik pula boleh jadi sebusuk itu. Haa pulak dah! 

Menurut Ahmad Iqbal, semasa sesi rawatan, perut mangsa tiba-tiba saja menjadi buncit dan muncul pula satu bayang-bayang seperti seorang tua yang bongkok. Wehh seram gila!

Bayangs
sumber: sinar harian

Kemudian kawasan rumah pesakit tiba-tiba berasap. Semuanya disebabkan hasad dengki seseorang yang mahu melihat ahli keluarga tersebut meninggal dunia.

Pun begitu, rawatan tersebut berjalan dengan lancar dan wanita itu serta keluarganya mula beransur pulih.

Bagi mereka yang mengalami gangguan makhluk halus dan sihir ataupun berkaitan dengannya bolehlah berubat dengan Iyra Shifa di Kampung Dusun Buluh, Pulai Chondong. Manalah tahu kesakitan yang dialami itu mampu terubat dengan perubatan Islam ini.

Dah 2017 pun tak habis-habis main sihir eh??

Baca: Pasangan Suami Isteri Sering Alami Mimpi Ngeri Rupa-rupanya Terkena Sihir Pemisah Cicak

Cicaks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.