in

Perubahan Mengejutkan Anak Menjadi Kacak, Ibu Menangis Kerana Hampir Tidak Kenal

Cantik Lawa Dah Noppajit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang terbiasa melihat rancangan variasi Korea tentang pembedahan plastik, anda pasti teruja melihat perubahan peserta daripada wajah biasa-biasa ke rupa bak supermodel yang kacak dan jelita. Pun begitu, perubahan tersebut boleh dikatakan agak drastik hingga ahli keluarga sendiri tidak dapat mengecam wajah peserta yang terlibat.


Hal inilah yang menimpa seorang ibu apabila dia hampir tidak mengenali anaknya saat melihat  lelaki itu kali pertama selepas menjalani pembedahan plastik di Korea menerusi rancangan realiti televisyen “Let Me In Thailand”, lapor Coconuts.

Noppajit Change
sumber: coconuts

Noppajit Monlin yang berusia 22 tahun ini bekerja sebagai seorang pekerja kilang di Thailand dan dikenali mempunyai paras rupa yang hodoh dan menghadapi kesukaran dalam mengunyah makanan kerana masalah rahangnya yang senget.

Disebabkan kekurangan yang dialaminya, Noppajit seringkali mengasingkan diri daripada pekerja kilang yang lain dan makan bersendirian ketika waktu rehat. Ala kesiannya….

Nop1
sumber: coconuts
Noppajit 2
sumber: mstar

Walau bagaimanapun, Noppajit telah berjaya menyertai musim ketiga rancangan realiti tersebut dan bersetuju untuk menjalankan pembedahan plastik di Korea Selatan. Untuk mendapatkan wajah yang diinginkan, Noppajit terpaksa menjalani pembedahan di bahagian rahang, dahi dan kelopak mata.

Menerusi program tersebut juga, dia akan diberikan suntikan botox kelenjar air liur, suatu prosedur untuk memperbaiki lelehan air liur yang berlebihan dan rawatan kulit bagi menghilangkan kecacatannya.

Hasil daripada pembedahan tersebut amat menakjubkan! Dah rupa macam mamat Korea dah ni. Serius kacak! 

Nop2
sumber: coconuts
Nop3
sumber: coconuts

Selesai menjalani proses pemulihan selama tiga bulan, Noppajit dijadualkan untuk bertemu ibunya buat pertama kali di restoran kegemaran mereka. Situasi tersebut berubah menjadi sebak apabila si ibu tidak dapat mengenali anaknya sendiri yang hanya duduk di meja berhadapan dengannya. Alahai! 

Saya sangat merinduinya dan ini bukan lakonan,” kata ibu Noppajit sebelum menitiskan air mata di hadapan kamera.

Esak tangis ibu Noppajit bertambah-tambah apabila Noppajit bangun daripada kerusi dan berjalan ke arah ibunya.

Ibu masih ingat saya? Pandanglah saya,” pinta Noppajit.

Ini kamu? Betulkah kamu ni?” soal ibu Noppajit. Anak beranak itu kemudian saling berpelukan. Aww sedihnya! 

Noppajit 1
sumber: mstar
Nop4
sumber: coconuts

Jika dilihat kepada perubahan yang berlaku ke atas Noppajit, tidak hairanlah ibunya sukar untuk percaya bahawa dia adalah anaknya. Dia juga terpaksa menunjukkan parut di tangan sebagai pengesahan kepada ibunya.

“Ramai melihat saya sebagai individu yang berbeza. Saya rasa lebih baik. Sebelum ini, orang lihat wajah saya tak normal dan masyarakat tidak menerima saya, kini saya mempunyai lebih ramai kawan,” kata Noppajit dalam sesi temubual program tersebut.

Sungguhpun rupanya sudah seperti seorang model dari Korea, cinta Noppajit kepada kekasihnya, Tob, seorang transgender masih tidak berubah. Mereka kini telah menjalinkan hubungan selama tiga tahun.

Saya menjaganya, tetapi saya tidak takut dia tinggalkan saya. Kami mepercayai satu sama lain sejak awal perkenalan lagi,” ulas Tob, 26, kepada rancangan tersebut.

Letmein
sumber: coconuts

Noppajit yang berani meminta nombor telefon Tob sebaik lima minit berkenalan di Facebook itu berkata,

“Dia menjaga saya. Walaupun dia bukan seorang wanita sejati, tetapi dia sebenarnya sudah seakan-akan seorang perempuan. Wanita ini adalah yang terbaik untuk saya.

“Saya mungkin sudah mempunyai kehidupan baru sekarang, namun hati saya tetap sama.” 

Walau apapun diharapkan hidup Noppajit berubah menjadi lebih baik selepas perubahan yang dilakukannya ini. Semoga dia tidak disisihkan lagi seperti dulu.

Baca: Wanita Lakukan Pembedahan Plastik Terkandas di Lapangan Terbang Kerana Wajah Tidak Sama Dengan Gambar Pasport

Plastik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.