Kereta api merupakan pengangkutan yang sangat penting ataupun menjadi satu tarikan pelancong untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Selain merasai keindahan alam semasa perjalanan, kereta api juga disebut sebagai pengangkutan yang paling kurang berbahaya kerana kemungkinan untuk terkena tempias kemalangan adalah sangat rendah berdasarkan statistik yang dikeluarkan.
Persis ‘Shinkasen’ weh!
Kalau korang pernah dengar sebelum ini mengenai ‘Shinkasen’, kereta api cepat yang beroperasi di Jepun, tapi korang percaya tak yang negara jiran kita iaitu Indonesia bakal melancarkan kereta api yang mirip seperti ‘bullet train’ di Jepun?
Menurut Indonesia Expat, kereta api cepat ini mampu bergerak selaju 350km/jam tanpa gegaran dan bunyi bising yang mampu memberi keselesaan kepada penumpang semasa perjalanan.
Isyarat bahaya juga seperti bencana alam dan objek yang berada di tengah trek kereta api akan berfungsi untuk mengelakkan apa-apa kemalangan berlaku memandangkan ‘bullet train’ ini akan bergerak dengan sangat laju.
Dari 3 jam jadi 36 minit je!
Difahamkan juga perjalanan kereta api cepat ini akan melalui ke seluruh Pulau Jawa tapi untuk fasa awal ini, kereta api cepat ini hanya cover perjalanan dari Jakarta ke Bandung. Apa yang mengejutkan, perjalanan akan disingkatkan daripada 3 jam kepada 36 minit sahaja. Gila ah!
‘Bullet train’ pertama di Asia Tenggara
Seperti ‘Shinkasen’ di Jepun, rata-rata pelancong amat teruja dengan kelajuan kereta api tersebut kerana memiliki keupayaan luar biasa yang tidak semua negara memiliki.
Namun, kini tidak lagi. Indonesia bakal merangkul ‘bullet train’ pertama di Asia Tenggara dan difahamkan bakal menjadi tarikan baharu buat pelancong untuk merasai pengalaman menaiki pengangkutan awam tersebut.
Harga dikatakan bermula daripada RM70 (Rp 235.000) mengikut kelas dan bakal dibuka Jun tahun hadapan.
Min pula tak sabar nak cuba kereta api laju ni. Tak yah susah payah nak travel ke Jepun lepasni!
Baca: Terburu-buru Sebab Nak Jenguk Isteri Hamil Alami Pendarahan, Lelaki Maut Dirempuh Kereta Api