in

Terburu-buru Sebab Nak Jenguk Isteri Hamil Alami Pendarahan, Lelaki Maut Dirempuh Kereta Api

Terburu Buru Nak Jumpa Isteri Maut Dirempuh Keretapi

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Meskipun jarang didengar namun kejadian dirempuh kereta api adalah satu kemalangan yang ngeri dan pengguna jalan raya sudah banyak kali diingatkan untuk mendahulukan keretapi sebelum melintasi landasan.

Baru-baru ini, tular satu kejadian yang berlaku di Indonesia dekat Stesen Kabayoran – Pondok Ranji di JPL Bintaro Permai, Jakarta Selatan yang mana seorang penunggang motosikal maut dirempuh keretapi.

Siren dah berbunyi, palang dah tutup tapi penunggang tetap melintas

Menerusi perkongsian pengguna Twitter, dapat dilihat menerusi rakaman CCTV penunggang tersebut tiba-tiba menceroboh ke landasan walaupun siren sudah berbunyi dan palang di landasan itu juga sudah ditutup.

Mangsa kemudian dirempuh dan kereta api itu hanya dapat berhenti dengan sempurna selepas beberapa ratus meter di hadapan.

Rempuh 3

Rempuh 1

Rempuh 2

Terburu-buru melintas kerana ingin jenguk isteri hamil 

Lebih memilukan, pengguna Twitter juga memaklumkan rupanya lelaki terbabit terburu-buru ingin melintasi landasan kerana ingin menjenguk isterinya yang hamil 6 bulan dan mengalami pendarahan. Allahu kesian… 

Berduka

Rata-rata netizen di bahagian komen mendoakan semoga isteri mangsa tabah dengan dugaan yang menimpa dan ramai juga mengingatkan agar penunggang motosikal atau pengguna jalan raya lain sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Undang-undang lalu lintas di Indonesia menetapkan bahawa mana-mana kenderaan atau pejalan kaki yang ingin melintasi landasan kereta api haruslah berhenti jika signal ataupun siren sudah berbunyi dan juga palang pintu kereta sudah ditutup.

Fxgoip7Uuai9Mkv

Malah mereka juga harus mendahulukan kereta api dan memberikan hak utama kepada kenderaan yang di hadapan atau terdahulu untuk melintasi rel tersebut.

Biar lambat asal selamat. Takziah kepada keluarga mangsa. 

Baca: “Tok Kadi dah book” – Pengantin Lelaki Kemalangan, Lafaz Akad Nikad Dalam Ambulans

Akad

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter