in

“Pernah je buat bertiga” – Gara-gara Upah RM 89, Ibu Bagi ‘Greenlight’ Bila Suami Minta Izin Nak ‘Main’ Dengan Anak Tiri

Rape

Sebagai seorang wanita berkeluarga, adalah tanggungjawab utama sebagai ibu untuk melindungi anak, dan menjaga hati suami sebagai isteri.

Tapi lain pula dengan keluarga ni, si ibu kandung tergamak membiarkan anaknya jadi mangsa pemuas nafsu ayah tiri.

 

Offer dengan bayaran RM 89!

Lelaki yang berumur 54 tahun tu dah ‘kerjakan’ anak tiri dia sejak 2 tahun lepas, lebih mengharukan lagi anak tiri dia tu bawah umur.

Dia mula menjadi pemuas nafsu serakah lelaki kejam tu sejak umurnya 16 tahun, perbuatan keji itu dilakukan secara terus menerus tanpa rela mangsa.

Bapa tiri durjana dari Indonesia tu ‘umpan’ gadis tersebut dengan wang tunai berjumlah Rp 300,000 (RM89) tapi mangsa tetap tak nak terima.

 

Dapat ‘restu’ daripada ibu kandung sendiri 

Tetapi dia akhirnya terpaksa terima ‘tawaran’ itu kerana ingin membantu kos perubatan pak ciknya yang tengah sakit.

Masa 2017 dulu, pakcik dia yang tengah sakit tu mengalami kesulitan kewangan, jadi si bapa durjana ni gunakan kesempatan ini untuk offer ‘bantu’ si mangsa nak melepaskan nafsunya dekat anak tiri dia tu.

Lebih teruk lagi si bapa tiri tu ada minta izin isterinya yang juga merupakan ibu kandung kepada gadis itu dengan jumlah wang tunai tersebut dan isterinya izinkan!

Disebabkan itu, mangsa terpaksa turuti kehendak bapa tiri durjana tu. Lapor Tribun, mangsa melakukan perbuatan itu kerana terpaksa.

Ia kerana pemeriksaan doktor telah mengesan ada kesan koyak dua kali dan koyakan itu tidak teratur. Jadi, doktor anggap ia dilakukan secara paksa.

 

Pernah ‘buat’ bertiga sama-sama!

Lebih teruk lagi, bapa tiri tak guna tu mengaku yang diaorang pernah ‘buat’ bertiga sama-sama! Lebih haru lagi, kegiatan yang boleh dikatakan ‘haruan makan anak ini’ dilakukan setiap hari dan tak ada sembunyi-sembunyi!

Bapa tiri tu siap minta izin nak bernikah dengan anak tiri dia lagi, memori gelap pada gadis tersebut berakhir apabila bapa tiri dia diserbu oleh polis beberapa hari lepas di rumahnya sendiri.

Hal ini sebab cubaan dia nak umpan makcik (isteri kepada pakcik yang sakit tu) kepada gadis itu untuk melakukan perkara yang sama gagal.

Dia gunakan taktik yang sama, janji akan biayai rawatan kepada suami yang kini sedang mengalami patah tulang punggung.

Tapi cubaannya gagal apabila si makcik ni beritahu hal ini keseluruh keluarganya dan akhirnya rumahnya diserbu.

 

Baca : “Bapa durjana!” –  Lelaki 61 Tahun Rogol Anak Kandung OKU, Lepas Tu Bagi Kawan Pula ‘Ratah’

Ratah