in

Pernah Diekori Hingga UK, Wanita Dedah 8 Tahun Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Sama

Hh

Seorang wanita yang juga jurugambar tempatan meluahkan rasa penat dan marah selepas bertahun-tahun terpaksa berdepan dengan gangguan dan stalker seorang lelaki bernama Safiq Rosli.

Pendedahan itu dibuat oleh Acacia Diana di laman Instagram, mendakwa gangguan itu sudah berlaku sejak 2016 lagi dengan pelbagai bukti hantaran mesej yang berunsur kandungan lucah yang dilakukan oleh lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki itu pernah ditahan pihak berkuasa di United Kingdom (UK) kerana mengekorinya dalam diam, namun dia berjaya melarikan diri dan terlepas tarikh mahkamahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Acacia Diana (@acaciadiana)


Sebelum ini, laporan polis telah dibuat pada tahun 2018 namun tiada tindakan dilakukan kerana belum wujud undang-undang berkaitan perbuatan stalking di Malaysia pada ketika itu.

Individu itu bagaimanapun dilihat tidak serik apabila berterusan mengganggunya hingga membuatkan wanita terbabit terpaksa mendedahkan perkara itu.

“Hi semua. Saya sangat penat, geram dan malas melayan lelaki ini. Jika sesiapa mengenali dia dan keluarganya, minta tolong dapatkan bantuan untuk dia,” tulisnya dengan menyertakan beberapa hantaran mengenai individu itu.

Tidak tahan dengan gangguan yang dibuat oleh lelaki itu, dia merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan meminta keluarganya untuk bertanggungjawab terhadap kelakuan anak mereka.

Screenshot 2023 07 13 160537

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil yang menggesa Acacia menyerahkan bukti termasuk laporan polis dan tangkap layar kandungan lucah itu ke e-mel rasmi kementeriannya.

Pada tahun 2022, perbuatan stalking secara maya telah dikategorikan sebagai satu jenayah di bawah Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dah ada akta baru ni, harap pelaku dikenakan tindakan segera.

Baca: ‘Stalking’ Berulang Kali Di Media Sosial Dikira Sebagai Satu Jenayah
Stalking Jenayah