in

“Perlu dapat perkenan Agong dulu” – PM Akan Umum Senarai Menteri Kabinet Baru Minggu Ini

Perdana Menteri Umum Kabinet Baru Minggu Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri menepis dakwaan beberapa pihak yang mengeluarkan senarai nama menteri kabinet di media sosial.


Menurutnya, semua yang diberikan itu adalah palsu dan kata beliau, senarai nama kabinet itu akan diumumkan dalam minggu ini.

 

Tunggu pengumuman dalam minggu ini saya akan umumkan, tapi perlu dapat perkenan dulu daripada Kebawah Duli Yang Mulia Dipertuan Agong.”

Tambah beliau senarai menteri-mentri kabinet baru masih belum diadakan dan beliau meminta orang ramai untuk tidak percaya dengan senarai nama mentri baru yang tular di media sosial.

“Banyak sangat keluar nama menteri kabinet ni, setiap hari ada list baru, tapi elok juga boleh lah membantu saya lah kot, tapi semuanya tak betul, palsu.”

Kenyataan itu diberi ketika membuat lawatan ke kawasan bencana alam di Kuala Muda, Yan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga turut menegaskan bahawa pemimpin pembangkang, dipelawa untuk membantu kerajaan dengan menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri kesembilan semalam, Ismail Sabri menawarkan ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

 

Baca : Ismail Sabri Yaakob Sah Dilantik Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Ismail Sabri 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.