in

Ismail Sabri Yaakob Sah Dilantik Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Ismail Sabri 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.


Whatsapp Image 2021 08 21 At 2.50.00 Pm E1629531077939

Lapor portal Berita Harian, Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri berlangsung di Balai Singgahsana Kecil pada jam 2.30 petang tadi.

Turut berkenan menyaksikan istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ismail 2 1 E1629531130455

Ismail Sabri menandatangani dokumen-dokumen berkaitan sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Istiadat terbabit dilaporkan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan iaiu Dr Luqman Abdullah.

Turut dilihat hadir dalam istiadat itu adalah bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS, Datu Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bera itu diiringi isteri beliau, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin ke istiadat berkenaan.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ismail Sabri 1 E1629531183845

Ia susulan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Sumber: Berita Harian

Baca: [VIDEO] Ahli Parlimen Dedah Perbualan Dengan Agong, Nyata Sokongan Pada DS Ismail Sabri

Fi Ahli Parlimen Telefon Ydpa E1629531037206

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.