in

“Perlu buat swab test setiap dua minggu” – Ini 4 Syarat Untuk Anggota Dan Petugas Parlimen Sepanjang Sidang Dewan Rakyat

Bb 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes jangkitan Covid-19 yang dicatatkan di Parlimen beberapa hari lalu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun telah menetapkan beberapa langkah dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh Ahli Parlimen dan petugas di Dewan Rakyat.



B2 1

 

Maklum beliau, langkah pencegahan ini juga telah dibincangkan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang menyampaikan beberapa pandangan dan nasihat.

Empat syarat sepanjang sidang Dewan Rakyat

  1. Ahli Parlimen dan petugas di Dewan Rakyat perlu menjalani saringan ujian Covid-19 setiap dua minggu.
  2. Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan mengadakan majlis jamuan atau bermesyuarat dalam kelompok besar ketika di luar dewan sama ada di dalam parlimen atau luar premis.
  3. Jika perlu bermesyuarat secara fizikal, mereka perlu mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan ketat.
  4. Ahli Parlimen dinasihatkan supaya mengehadkan pergerakan ketika di luar premis Parlimen sepanjang tempoh persidangan serta mengelakkan bergaul atau menghadiri majlis keramaian dan tempat sesak.

B1 1

 

Tambah beliau, jika berlaku peningkatan kes di Parlimen, kemungkinan Bangunan Parlimen ditutup dan pihak KKM akan membuat penilaian terhadap SOP sewajarnya bagi membendung wabak ini dari terus menular, lapor Harian Metro.

B 1

 

Baca: “Ada dua kes positif” – Parlimen Sahkan Petugas Media Dan Pegawai Senator Dijangkiti Covid-19

B3 1

Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.