in

“Ada dua kes positif” – Parlimen Sahkan Petugas Media Dan Pegawai Senator Dijangkiti Covid-19

Cc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam merupakan hari pertama sidang Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Parlimen Ke-14.


Namun susulan laporan mengenai seorang pegawai senator telah dijangkiti Covid-19, persidangan dipendekkan sehingga jam 1 tengah hari sahaja.

C1 1

 

Dua kes positif Covid-19

Terbaru, Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamis Samin berkata terdapat satu lagi kes terbaru iaitu melibatkan seorang petugas media. Ia menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 yang dikesan adalah sebanyak 2 kes.

“Kes positif Covid-19 yang dikesan hasil ujian saringan yang dijalankan di Parlimen pada Rabu dan Jumaat lepas,”

“Kedua-dua kes yang positif itu telah pun diambil tindakan lanjut oleh Kementerian Kesihatan sejurus selepas keputusan ujian saringan diperolehi,”

C2 1

 

Anggota parlimen yang lain bebas Covid-19

Tetapi ada berita baik di mana semua kakitangan Parlimen yang lain disahkan negatif dan bebas daripada jangkitan Covid-19 hasil daripada ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan sebelum Dewan Rakyat bersidang.

Beliau berkata pihak Parlimen telah menjalankan pelbagai usaha serta persediaan sewajarnya bagi mengekang penularan wabak Covid-19 untuk memastikan kelancaran persidangan dan pembentangan Belanjawan 2021 yang akan diadakan Jumaat ini.

C 1

Sumber: Malaysia Kini

 

Baca: Adik Senator Dewan Negara, Ras Adiba Radzi Positif COVID 19, Sidang Dewan Rakyat Dipendekkan

C3 1

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.