“Perli tak tapis” – Persembahan Ubi Bikin Ramai Terhibur, Buat Parodi Jadi ‘Ikon Permotoran’ Malaysia

Tambah ke Sumber Pilihan
“Perli tak tapis” – Persembahan Ubi Bikin Ramai Terhibur, Buat Parodi Jadi ‘Ikon Permotoran’ Malaysia

Sebelum ini, kecoh apabila personaliti media sosial, Haqiem Stopa digelar sebagai Ikon Permotoran Malaysia oleh Wan Ahmad Fayhsal. Isu ini menjadi lebih kecoh apabila Haqiem Stopa dijemput ke sekolah untuk membuat perkongsian bersama pelajar.

Persembahan Ubi buat ramai terhibur


Terbaharu, persembahan kumpulan Ubi dalam Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) sekali lagi menerima pujian ramai apabila mereka menampilkan parodi ‘Ikon Permotoran Malaysia’. Pada minggu lalu, Ubi dipuji oleh juri dan penonton selepas membuat persembahan bertemakan filem Mat Kilau.

Muzikal Lawak Superstar065 1024X683 1Sumber: Kosmo

2 5

Dalam persembahan minggu ini, ahli Ubi yang juga personaliti media sosial, Namie membawa watak sebagai ikon permotoran Malaysia, Haqiem Stopa. Dengan solekan dan pakaian yang sekaan-akan, penampilan Namie ternyata menghiburkan ramai.

Persembahan Ubi mendapat markah sebanyak 44.55 peratus dari juri, di belakang kumpulan OOD yang dianggotai oleh Man, Chiwan dan Zahid dengan 58.90 peratus.

Sempat bahan, warganet puji berani

Beberapa isu melibatkan Haqiem Stopa turut menjadi taruhan kumpulan Ubi, yang ternyata menghiburkan warganet. Hasil tinjauan di ruangan komen mendapat rata-rata terkesima dan terhibur dengan keberanian kumpulan Ubi untuk meniru gaya Haqiem Stopa.

“Kuat sangat mengucing korang ni, sikit tak tapis”, tulis seorang individu.

“Berulang2 aku tgk macam nak serupa tapi bukan dia, lawak wooi”, komen seorang warganet yang terhibur dengan parodi kumpulan Ubi.

Untuk rekod, minggu kedua MLS3 menyaksikan kumpulan Sobat dan Benjo tersingkir selepas mendapat markah rendah daripada juri.

BACA: “Kawan baik memang kuat menyakat”- Johan Minta Baca Doa Penutup, Respon Zizan Ini Buat Ramai Terhibur

Capture 1 12

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Hafiz Ahmad
Lagi tulisan Hafiz
Penggemar ayam 4Fingers.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Perli tak tapis” – Persembahan Ubi Bikin Ramai Terhibur, Buat Parodi Jadi ‘Ikon Permotoran’ Malaysia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/perli-tak-tapis-persembahan-ubi-bikin-ramai-terhibur-buat-parodi-jadi-ikon-permotoran-malaysia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM