‘Perang dingin’ antara pempengaruh Haqiem Stopa dan bekaks isterinya Aireena Sofia dilihat sudah menemui titik noktah selepas mereka berdua dikatakan sudah berdamai.
Menerusi TikTok milik Aireena, Haqiem dilihat sedang mendukung anak mereka sambil berinteraksi dengannya. Jelas Aireena, biarpun dia sudah memaafkan bekas suaminya itu, namun dia masih belum mampu melupakannya.
Artikel berkaitan: “Akaun tu sendiri block saya”- Nama Terpalit Dengan Kes Jenayah S*ksual, Ini Respon Haqiem Stopa
Artikel berkaitan: Muat Naik Gambar Dengan Peguam, Netizen Doakan Urusan Isteri Haqiem Stopa Dimudahkan
“I dah maafkan you tapi tidak mampu melupakan…”
@aireenasfj i dah maafkan you tapi tidak mampu melupakan. semoga hud membesar jadi anak yang soleh dan you boleh jadi ayah yang baik untuk hud ❤️.
Tambah Aireena, dia sudah belajar memaafkan individu yang pernah menyakitinya kerana percaya pada setiap kebaikan dan keikhlasan. Malah, menjengah ke ruangan komen, Aireena juga memohon orang ramai agar mendoakan Haqiem Stopa menjadi seorang ayah yang baik.
Sumber : TikTok
