in

“Akaun tu sendiri block saya”- Nama Terpalit Dengan Kes Jenayah S*ksual, Ini Respon Haqiem Stopa

Ft Haqiem Stopa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pempengaruh, Haqiem Stopa sekali lagi menjadi tumpuan netizen berhubung dengan tular satu salinan laporan polis kes jenayah seksual.

Dalam laporan itu, turut dikepilkan kad pesakit berwarna kuning dari sebuah hospital. Apa yang menjadi tumpuan ada dalam laporan berkenaan terkandung nama Muhamad Sadzri Hakim Jaafar yang mirip dengan nama sebenar Haqiem Stopa.


Artikel berkaitan: “Apa cara awak semua saya ikut” – Haqiem Stopa Terkilan Susah Nak Dapat Jumpa Anak Bila Bekas Isteri ‘Bad Mood’?

Artikel berkaitan: “Saya menggigil”- Haqiem Stopa Masih Sayangkan Isteri, Enggan Bercerai

“Tak guna akaun yang betul, akuan tu sendiri block saya”

Terpanggil dengan perkongsian itu, pempengaruh berusia 26 tahun itu menjelaskan yang dia tidak tahu menahu terntang hantaran itu kerana akaun itu didakwa menggunakan identiti palsu dan menyekat akaun Threads miliknya.”

“Saya tidak pasti mengenai hantaran itu, Orang yang buat posting dekat Threads itu pun saya tidak kenal. Orang yang buat posting itu pun tidak menggunakan akaun yang betul.”

“Untuk pengetahuan, akaun itu sendiri block akaun Threads saya. Jadi saya pun tak dapat tengok posting tu.”

Screenshot 2026 05 18 132753

Jelas Haqiem kepada mStar Online, Ramai orang yang meletakkan namanya dalam hantaran tersebut, naun dia masih tidak dapat melihat foto laporan polis yang dieprcayai dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur yang bertarikh 12 Februari lalu kerana telah disekat.

Haqiem turut mempersoalkan tujuan individu tersebut memuat naik dokumen itu memandangkan tarikh laporan polis itu sudah berbulan lalu.

“Jadi tak steady la. Akaun tu pun satu akaun yang tipu. Tak tahu siapa asal usul disebalik akaun itu dan kenapa dia upload benda macam tu.”

“Dalam report itu ada tertera tarikh bulan Februari tapi sekarang dah masuk bulan Mei. Tak perlu sabotaj saya dengan cara itu.”

Dalam laporan polis tersebut, terkandung bahawa seorang pengadu yang berumur 38 tahun mendakwa anak perempuannya telah dicabul dan dirogol oleh lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Sadzri Hakim Jaafar.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa kejadian itu berlaku pada 26 Ogos 2025 pada jam 9 malam ketika mangsa berada di kawasan Odeon, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL.

Ke

Pengadu mendakwa bahawa pelaku itu ada mengajak mangsa naik ke tangga dengan alasan untuk mengambil vape miliknya sebelum pelaku bertindak membuka seluar mangsa.

Bahkan, dilaporkan bahawa pelaku telah mengugut mangsa untuk merahsiakannya dan ia menyebabkan mangsa tidak berani membuka mulut untuk memberitahu kepada ibunya sehinggalah mangsa sendiri berani mengaku mengenai kejadian berkenaan sebelum membuat laporan polis sekitar jam 2 pagi.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.