PERKESO Seru Lebih Ramai Majikan Sertai Dasar Gaji Progresif

Tambah ke Sumber Pilihan
PERKESO Seru Lebih Ramai Majikan Sertai Dasar Gaji Progresif

Setakat 31 Ogos 2025, sebanyak 13,403 pekerja dan 1,167 majikan telah menyertai Dasar Gaji Progresif (DGP) yang dilancarkan pada Januari 2025 dan pihak PERKESO menggesa lebih banyak syarikat untuk menyertai inisiatif ini bagi menangani isu-isu pasaran buruh yang kritikal, seperti kenaikan gaji yang perlahan berbanding produktiviti dan ketidakpadanan kemahiran dengan gaji.

Menurut statistik PERKESO setakat 31 Ogos 2025, sebanyak 13,403 pekerja dan 1,167 majikan telah menyertai Dasar Gaji Progresif (DGP) ini.


Dasar ini menawarkan penyelesaian menyeluruh dengan memberikan insentif kewangan daripada kerajaan kepada majikan yang mengambil bahagian. Setakat ini, lebih dari RM35 juta telah disuntik sebagai sokongan kepada majikan yang terlibat.

Dsc07043

Untuk pengetahuan, penyertaan dalam DGP adalah secara sukarela dan majikan layak menerima insentif kewangan sehingga tahun 2027.

Selain itu, manfaat lain untuk majikan termasuklah:

  • Pengurangan kos operasi
  • Pengekalan pekerja sedia ada dan penarikan bakat baharu
  • Peningkatan motivasi pekerja
  • Pengukuhan imej syarikat sebagai majikan yang progresif

DGP juga memberi manfaat kepada pekerja, yang akan menerima ganjaran yang lebih adil dan menyumbang kepada pasaran buruh yang lebih progresif dan inklusif.

Contoh Syarikat yang Telah Menyertai

Beberapa syarikat yang telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini termasuk Rocket Integration Technology Sdn. Bhd., Rovski Industries Sdn. Bhd., Sri Lara Joint Security Services Sdn. Bhd., Tripfez Travel & Tours Sdn. Bhd., dan Mitrajaya Holdings Berhad. Penyertaan mereka membuktikan keberkesanan dasar ini dan diharapkan akan mendorong lebih banyak majikan lain untuk turut serta.

Dsc07062

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari laman web rasmi DGP 

Artikel berkaitan : PERKESO Perkukuh Jaringan Keselamatan Sosial Melalui Penjenamaan Baharu ‘Lindung’

Artikel berkaitan : PERKESO – MYFutureJobs Buka Mata Pengunjung Karnival Hari Pekerja 2025

Mengenai LINDUNG

LINDUNG adalah penjenamaan semula skim perlindungan keselamatan sosial PERKESO yang dilancarkan pada 22 Ogos 2025. Penjenamaan ini bertujuan untuk memperluaskan capaian, meningkatkan kesedaran, dan memperkukuh kepercayaan orang ramai terhadap PERKESO sebagai pelindung utama keselamatan sosial.

Di bawah jenama LINDUNG, skim-skim perlindungan sosial berikut kini dikenali sebagai:

  • LINDUNG Pekerja (Akta 4)
  • LINDUNG Kerjaya (Akta 800)
  • LINDUNG Kendiri (Akta 789/SKSPS)
  • LINDUNG Kasih (Akta 838/SKSSR)

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di www.perkeso.gov.my.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

PERKESO Seru Lebih Ramai Majikan Sertai Dasar Gaji Progresif
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/perkeso-seru-lebih-ramai-majikan-sertai-dasar-gaji-progresif/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM