in

Perkahwinan Bawah Umur Perkara Biasa Di Pedalaman Sarawak?

Capturet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita mengenai seorang lelaki berusia 41 tahun berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun yang berasal dari Pattani, Kedah kini sedang hangat dibual dan dibincangkan.


Walaupun mendapat respon negatif kerana kanak-kanak tu masih di bawah umur namun, menurut Free Malaysia Today, rupanya perkahwinan bawah umur membabitkan remaja perempuan berumur 15 tahun ke bawah bukanlah sesuatu yang asing di kawasan pedalaman Sarawak.

Child
gambar hiasan

Penyelaras Media Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Albert Banfa, memberitahu perkahwinan ini biasanya terjadi kerana dua faktor utama iaitu:

  • keterlanjuran
  • tiada peluang mendapat pendidikan

Isu tiada peluang serta kurang minat pada pendidikan disebabkan oleh jarak sekolah yang jauh dari rumah dan tiada kemudahan asas disediakan bagi memudahkan kanak-kanak ke sekolah berbanding di kawasan bandar.

“Terdapat juga pelajar sekolah yang berkahwin awal pada usia 15 hingga 17 tahun dengan pasangan mereka disebabkan terlanjur. Bagi menjaga aib, mereka dipaksa berkahwin.”

Hh
gambar hiasan

Menurut Albert lagi, remaja perempuan yang terlanjur tetap akan melahirkan anak tersebut dan diserahkan kepada keluarga angkat kerana pihak lelaki enggan bertanggungjawab serta tidak berkemampuan dan masih muda untuk menjaga bayi tersebut.

“Di kawasan pedalaman selalunya ada perkahwinan bawah umur, mereka akan dikahwinkan kerana sudah tidak mampu menjaga anak tersebut dan memberi tanggungjawab itu kepada orang lain bagi meringankan beban mereka.”

Anak Luar Nikah 2
gambar hiasan

Tambahnya lagi, segelintir pasangan muda akan tinggal di bandar untuk mencari rezeki dan terpaksa meninggalkan anak mereka di kampung untuk dijaga kedua ibu bapa.

“JOAS berharap kerajaan baru tegas dalam melaksanakan tugas mereka kerana Malaysia sudah memeterai Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan mereka perlu bersifat terbuka serta mendengar pendapat NGO yang memperjuangkan hak kanak-kanak.”

Sementara itu, semalam, Presiden Majlis Peguam, George Varughese berkata, seramai 10,240 lelaki Islam memohon menikahi kanak-kanak perempuan antara 2005 dan 2015, serta terdapat 7,719 permohonan lelaki bukan Islam berkahwin dengan kanak-kanak perempuan berusia 6 hingga 18 tahun, dari 2000 hingga 2014.

Kesian dorang ni. Harap pihak yang bertanggungjawab dapat membantu tangani masalah ni. Nasib mereka harus dibela.

Baca: Budak 11 Tahun Kahwin Lelaki 41 Tahun, Ini Yang Korang Perlu Tahu

Page Budak 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.