in

Budak 11 Tahun Kahwin Lelaki 41 Tahun, Ini Yang Korang Perlu Tahu

Page Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Budak 11 Tahun Kahwin Lelaki 41 Tahun, Ini Yang Korang Perlu Tahu
Loading
/

Baru-baru ini, media sosial dah digemparkan dengan berita tentang seorang lelaki berusia 41 tahun berkahwin dengan budak perempuan yang baru je berusia 11 tahun. Erk…


Perkahwinan mereka mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai kerana rata-rata merasakan perhubungan tersebut tidak masuk akal dan menggelar lelaki tersebut sebagai pedofilia. Ini apa yang korang perlu tahu pasal hal ini.

 

1. Isteri kedua bongkar perkahwinan mereka

Jika bukan kerana isteri kedua si suami, pastinya orang ramai tidak akan tahu mengenai perkahwinan ni. Effa Zulkifle telah menulis di Facebook mengucapkan tahniah di atas perkahwinan suami dan madunya yang berusia 11 tahun itu beserta dengan gambar pasangan pengantin tersebut. Posting tu jadi viral dan mendapat perhatian orang ramai.

A1
sumber: mstar

Kalau nak tau, Effa dah jumpa gambar suami dan isteri barunya sebelum ni. Tapi, bila dia confront, suami dia kata, gambar tu gambar edit!

“Lepas tu saya cakap tak ada ‘edit‘ kalau dah gambar macam ni. Kalau betul kahwin kena cakap dah kahwin… Tak boleh main-main. Lepas tu barulah dia kata betullah dia dah kahwin.”

 

2. Si suami dah ada 2 isteri, 6 anak

Si suami, Che Abdul Karim Che Hamid, 41, merupakan seorang ustaz dan tauke getah dari Gua Musang. Lelaki ni bukanlah seorang duda mahupun bujang terlajak, tapi dia dah pun ada dua orang isteri serta enam orang anak. Isteri barunya pulak, baru je berusia 11 tahun, berasal dari Pattani, Thailand dan tidak bersekolahWow…

Gy
sumber: facebook

Namun begitu, Che Abdul Karim tidak menganggap perbuatan tersebut salah sebab dah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut yang juga turut sama hadir masa proses akad nikah.

“Isteri pertama tahu mengenai perkara ini dan dia setuju. Tapi isteri kedua tak benarkan sebab itu saya kahwin senyap-senyap.”

A2
sumber: harian metro

 

3. Dah lama bercinta

Pengantin baru itu menjelaskan bahawa dia dan isteri ketiganya itu berkahwin atas dasar suka sama suka serta dah bercinta sejak empat tahun yang lalu iaitu semasa kanak-kanak itu berusia 7 tahun. Katanya, dia dah mengenali isterinya itu semasa kanak-kanak berkenaan menemani ibunya bekerja di kedai makan milik isterinya.

“Saya kenal isteri ketiga semasa dia bersama ibunya bekerja di kedai isteri pertama tapi itu kisah tiga tahun lalu.”

Aikk, macam mana kenal tiga tahun lalu tapi dah bercinta selama empat tahun?

Kanak-kanak tersebut turut memberitahu bahawa ibu bapanya pernah bertanyakannya tentang hajat Che Abdul Karim untuk menjadikannya isteri dan dia menerima lamaran itu kerana sudah sayangkannya.

“Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah, lagipun saya sudah lama kenal dengan Abe, anak Abe juga rakan saya di kampung.”

“Saya sayangkan Abe kerana Abe seorang yang baik.”

 

4. Berkahwin untuk membantu

A4
sumber: blog

Bapa kepada kanak-kanak tersebut turut memberitahu sudah 20 tahun tinggal di Gua Musang serta bekerja sebagai penoreh getah dan hasil getah ada kalanya dijual kepada Che Abdul Karim.

“Pada mulanya saya memang terkejut kerana anak masih muda, namun menantu saya memaklumkan dia kasihan kepada kami sekeluarga yang hidup susah dan berjanji akan memberi kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan anak saya.”

 

5. Isteri ketiga teman sepermainan anak

A3
sumber: blog

Isteri kedua Che Abdul Karim, Effa, 34, meluahkan bahawa dia tidak kisah jika suaminya itu nak bernikah dengan anak dara mahupun dengan yang lebih berusia sehingga dia sendiri pernah nak pinangkan seorang wanita dengan suaminya itu. Katanya,

“Yang buat saya marah sebab dia kahwin dengan kawan sepermainan anak saya.”

“Isteri baharunya itu kawan dengan anak tiri saya yang berusia 15 tahun. Dia (isteri ketiga) selalu tidur di rumah isteri pertama memandangkan emaknya kerja tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu.”

 

6. Suami abaikan anak dan isteri

Effa juga turut mengatakan dia hanya mahu hal ini diselesaikan mengikut undang-undang. Ibu kepada empat orang anak itu turut menjelaskan dia dan isteri pertama sanggup terima madu mereka sekiranya Che Abdul Karim menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

“Dia kata dia kahwin kerana ikut sunnah Nabi. Tapi adakah dia ikut sunnah Nabi yang lain. Duit belanja saya dan anak-anak pun dia hanya bagi RM50 hingga RM100 seminggu.”

“Anda rasa cukup ke nak tanggung empat orang anak? Tapi bagi dia wang tu dah banyak.”

Dia juga memberitahu terpaksa menanggung keperluan keluarganya dengan berniaga di atas talian secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan bagi membeli susu, pampers dan lain-lain memandangkan suami hanya sediakan rumah dan kereta je.

29432605 1915068745232327 5203034570487758848 N
sumber: facebook

Difahamkan isteri kedua ingin menuntut penceraian tetapi Che Abdul Karim belum mengambil apa-apa keputusan kerana katanya dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah.

“Baru-baru ini saya ada beri isteri kedua duit raya RM700. Saya juga belikan rumah secara tunai dan bayarkan kereta dan juga tanggung kos baiki kereta.”

 

7. “Dia kata, dia dah baligh” – Tok Kadi

A5
sumber: berita harian

Selepas mendapat pelbagai respon negatif, tok kadi yang menikahkan kedua-dua mempelai itu telah tampil dan memberitahu dia sendiri terkejut dengan usia pengantin perempuan yang masih muda.

“Soalan pertama saya adakah dia sudah baligh dan dia menjawab…Ya. Saya tanya lagi adakah dia bersetuju berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun itu dan dia menjawab bersetuju tanpa paksaan.”

Kadi tersebut turut menjelaskan ibu bapa kanak-kanak itu bersetuju malah bersedia menjadi wali serta turut membawa dua saksi bersama. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat mengeluarkan surat nikah kerana pernikahan itu perlulah didaftarkan terlebih dulu di Malaysia.

“Saya juga tidak melarang suami untuk ‘bersama’ isteri mudanya itu tetapi jika remaja itu mengandung sebelum umurnya 16 tahun, dia perlulah melahirkan anak mereka di Thailand.”

 

8. Akan tinggal sebumbung bila isteri dah mencapai 16 tahun

Walaupun dah mendirikan masjid secara sah dan mengikut hukum syarak, namun Che Abdul Karim mengatakan isteri barunya itu akan tinggal bersama kedua ibu bapanya di Pattani sehingga usianya mencapai 16 tahun.

“Kami buat perjanjian di hadapan imam kami nikah secara gantung dulu. Kami tidak akan tinggal bersama. Cukup usia tersebut baharulah kami akan buat pengesahan nikah dengan Majlis Agama Thailand dan Malaysia.”

A6
sumber: blog

Kanak-kanak itu juga mengakui mereka tidak pernah tidur bersama kerana suaminya itu berjanji hanya akan tinggal bersama lima tahun lagi.

“Walaupun ramai yang marahkan saya, namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkannya.”

 

9. Respon ramai selepas kisah mereka tular

Ibu bapa kanak-kanak itu menyerahkan sepenuhnya kepada menantu untuk menguruskan hal ini dan menjelaskan anaknya tidak tertekan mahupun sedih, malah masih mampu keluar rumah.

“Jadi, soal bercerai atau perkahwinan tidak diterima madu anak saya, biarlah menantu saya yang uruskan kerana kami orang miskin.”

Walaupun diterima baik oleh ahli keluarga kanak-kanak tersebut, namun netizen menggelar Che Abdul Karim sebagai pedofilia kerana memperisterikan budak perempuan berusia 11 tahun.

Cats
sumber: facebook

 

10. Mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri

Kalau dah serius macam ni, mestilah akan mendapat perhatian menteri jugak. Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail telah mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau telah mengarahkan pegawai daripada JKM untuk menyiasat hal ini.

Wan
sumber: twitter

Wan Azizah mengatakan perkahwinan pasangan itu tidak sah dari segi undang-undang dan mereka perlu dipisahkan, memandangkan perkahwinan mereka tidak mendapat kelulusan mahkamah untuk bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang yang lebih tua serta masih di bawah umur.

Sementara itu, polis Kelantan menolak kemungkinan unsur jenayah dalam kes tersebut dan mendapati tiada sebarang unsur paksaan, ugutan, rayuan atau pedofilia terhadap kanak-kanak tersebut.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mengatakan bapa yang menikahkan anak bawah umur sebab miskin tak layak jadi wali.

“Biarpun tiada paksaan dalam Islam untuk menikahkan anak perempuan, namun pelbagai dalil mensyaratkan kerelaan wanita dalam perkahwinan.”

“Anak perempuan yang di bawah umur, yang tidak memahami realiti apa yang dipersetujui tidak boleh dianggap rela”

 

11. Tidak akan lepaskan isteri ketiga

Terbaru, menurut Harian Metro, Che Abdul Karim, mengatakan walaupun ramai yang menentang perkahwinannya dengan budak berusia 11 tahun, tetapi dia tak akan lepaskan isteri ketiganya itu hanya kerana desakan pelbagai pihak.

“Walaupun kisah saya menjadi bualan seluruh negara dan saya akui turut tertekan dengan situasi itu, namun kehidupan saya berjalan seperti biasa termasuk menjadi imam di surau di kampung.”

“Orang kampung yang sudah mengetahui kisah sebenar tidak memandang sinis langsung kepada kami, hanya orang luar sahaja yang terkejut dengan isu ini.”

Menurut mStar pula, Che Abdul Karim telah melarikan diri dan tak dapat dihubungi.

So, tak taulah apa kesudahan buat pasangan tersebut. Kesian bila difikirkan nasib kanak-kanak tu nanti sebab dia belum matang lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Adoilah, apa nak jadi niiiiiii….

Baca: Lelaki Ini Buktikan Umur 60 Tahun Bukan Penghalang Untuk Kahwini Remaja 17 Tahun

Featured Image Kawen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.