in

“Pergi pun pakai duit pinjaman” – Pelajar Universiti Awam TAK Puas Hati Bila Netizen Sokong McD Bukan Tempat ‘Study’

Featured Image Mekdi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa harini, memang tengah hangat dekat laman media sosial diperdebatkan mengenai adakah McDonald merupakan tempat yang sesuai untuk pelajar study di situ?


Ada berbagai-bagai persepsi dan pandangan dari netizen yang mana, mestilah semua rasa pendapat mereka sendiri adalah betul.

Bukan itu sahaja, ramai juga netizen yang berpendapat bahawa McD bukan lah tempat yang sesuai untuk para pelajar study, tapi tidak salah untuk mereka meneruskan usaha untuk belajar di situ, cuma mereka perlu sedar bahawa restoran tersebut bukannya perpustakaan awam yang dianggap akan sentiasa senyap.

Perdebatan ini hanya bermula selepas gambar dan video seorang lelaki memegang kadbod ini di muat naik di laman Instagram.

Namun macam biasalah masih ada individu yang mempunyai pendapat tersendiri di mana baginya tidak salah untuk pelajar membuat ulang kaji atau assignment di restoran itu.

83521922 2678931975766500 1862770222998487040 O
Sumber: facebook

 

83917640 2678931912433173 6521779282014896128 O
Sumber: facebook

Individu yang mengaku dari salah sebuah Universiti Awam itu membuat penjelasan bahawa kebiasaanya para pelajar yang pergi study di McD adalah kerana perpustakaan Universiti sudah tutup dan mereka tidak mempunyai tempat lain untuk belajar dalam jumlah yang ramai.

Bukan itu sahaja, pelajar ini juga tidak berkenan dengan ibu bapa yang membawa anak-anak ke McD kecil pada waktu tengah malam.

“Ingat student beli fries je ke?”

83281391 2678931852433179 7893712799816220672 O
Sumber: facebook

Tapi macam mana sekalipun, post individu ini menerima kecaman hebat oleh netizen yang mana mereka menganggap kenyataannya itu kelihatan bongkak dan tidak melambangkan seorang pelajar Universiti.

“Duit pun parents yang bagi”

Komen 1 2
Sumber: facebook

 

Komen 2 2
Sumber: facebook

Tapi, apa pun McDonald sendiri ada memuat naik tweet yang mana mereka sebenarnya tidak kisah jika ada pelajar yang ingin membuat study group atau revision di restoran mereka.

“Kami okay!”

Mekdi Snediri
Sumber: twitter

Ish, sudah lah tu bergaduh, nanti kalau nak makan dekat McD cuba untuk bertimbang rasa jela.

 

Baca: “Orang datang situ nak makan” – Pelajar Tengking Minta Pelanggan Lain Senyap Dalam Mcd Hanya Sebab Nak ‘Study’

Makedi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.