in

“Orang datang situ nak makan” – Pelajar Tengking Minta Pelanggan Lain Senyap Dalam Mcd Hanya Sebab Nak ‘Study’

Featured Image Mcd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, restoran makanan segera McDonald (McD) memang menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai.


Boleh dikatakan hampir setiap masa mana-mana cawangan McD seluruh Malaysia akan dipenuhi dengan pengunjung bagi mendapatkan menu kegemaran mereka itu.

Namun, baru-baru ini tular di laman Twitter mengenai perkongsian lelaki ini yang menceritakan kisah seorang pelajar hilang rasa hormat terhadap pelanggan McD yang lain hanya sebab mereka nak study?

Kejadian bermula ketika pemuda ini dan rakannya sedang beratur bagi membuat pesanan sebelum mereka ternampak satu keluarga berbangsa Cina sedang makan di tempat duduk mereka.

“Ada satu family ni berlima, ada anak kecil  4-7 tahun 2 orang dan lagi seorang umur dalam lingkungan 12 tahun” Katanya.

Sudah menjadi lumrah semula jadi di mana kanak-kanak memang sifatnya suka bermain dan bergurau sesama mereka. Jadi jangan peliklah kalau ada kanak-kanak yang membuat bising dalam McD.

E01 Guest Experience Leader Engaging Families With Table Service Credit Mcdonaldssingapore
Gambar hiasan

Dengan nada agak kasar, ade sorang pelajar perempuan dari group student, sounds Chinese yang tengah gelak-gelak smbil pegang gadjet tu.”

Bukan itu sahaja, ada lebih kurang 10 orang pelajar yang pada ketika itu meja mereka hanya selang dua buah sahaja daripada keluarga Chinese itu.

Kelihatan juga bahan-bahan untuk mereka jadikan rujukan study dan juga laptop.

Entah macam mana, dengan secara tiba-tiba, salah seorang daripda pelajar tersebut terus menengking keluarga Chinese itu yang di katakan mengganggu pembelajaran mereka pada ketika itu.

“Boleh tolong senyap x? Both of you disturbing our study. Kitaorang tak fokus!”

Sejurus sahaja kejadian itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut terus meminta anak mereka supaya tidak membuat bising lagi.

L1010660
Gambar hiasan

You stay! Biar diaorang yang pergi dari sini kalau nak study!

Tapi, secara tiba-tiba ada individu lain yang menyampuk melalui ketegangan yang sedang berlaku. Individu tersebut terus memarahi kumpulan pelajar itu yang mengatakan bahawa McD bukan tempat yang sesuai untuk mereka study.

“Hello ni tempat makan kot?! Bukan tempat study! You all tu yang salah tempat. Nak study pergi library lah!

You stay here! Diaorang yang sepatutnya pergi sebab sini bukan tempat study sini tempat makan! Katanya.

Sejurus kumpulan pelajar ini kena sound balik oleh individu lain, mereka terus kemas barang-barang dan pergi beredar daripada tempat itu.

Rata-rata netizen juga berpendapat bahawa McD bukannya tempat yang sesuai untuk para pelajar belajar dan jika tetap berkeras mahu belajar di tempat itu juga, maka perlu saling bertolak ansur dengan orang lain yang mana tempat itu sememangnya restoran makanan dan bukan tempat khas untuk belajar.

Mcd1
Sumber: twitter

Haa lepas ni, jangan gaduh-gaduh dah. Kalau nak study dengan penuh ketenangan, min pun sarankan korang pergi je perpustakaan.

 

 

Baca: “Kalau setakat Uitm Dengkil, bahasa melayu elok digunakan” – Respon Biadap Peniaga Sewa Kereta Bila Student Tanya Harga

Uitm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.