“Perghh mencurah beb” – Lelaki Tercirit Dalam Kedai Lepas Tu “Buat Lek’, Dipijak Pijak Je Tahi Tu!

Omg! 

Pernah tak korang punya perut macam rasa tak sedap, lepas tu rasa nak terkentut? Tapi, bila korang kentut tahi terkeluar sekali? Atau pun memang tak kentut langsung tapi tahi terkeluar?

Baru-baru ni, satu video viral dan mendapat perhatian netizen di Facebook menunjukkan seorang lelaki berdepan dengan situasi macam tu. Apa yang teruknya, benda ni berlaku dekat tempat awam! Lelaki tu difahamkan tengah nak bayar dekat kaunter sebuah kedai gajet.

Sumber: Facebook

Video tu pendek je dalam 15 saat macam tu dan lelaki yang pakai t shirt warna navy blue bersama seluar pendek dilihat berdiri dekat depan kaunter pembayaran.

Sementara tunggu dengan tenang untuk bayar, dia mungkin tengah sakit perut agaknya dan tiba-tiba boleh nampak dalam video tu tahi cirit mengalir dari dalam seluar dia!

Sumber: Facebook

Tapi, dia tak terkejut pun. Lelaki tu buat tenang dan rileks je bila dah tahu dia terberak dalam seluar dan kotorkan lantai kedai tu. Dia pijak pijak je tahi dia atas lantai tu, dah lah pakai selipar! Nak buat macam tak ada apa berlaku, dia keluarkan handphone dan buat-buat busy main phone.

Sumber: Facebook

Penjaga kedai tu pun teruskan je kerja dia tanpa sedar apa yang dah berlaku. Tak pasti apa yang berlaku lepas tu tapi difahamkan kejadian tu berlaku pada hari Selasa, 3 September jam 11.54 malam.

Tonton video di sini.

Baca: “Takde beza dgn binatang” – [Video] Jijik, Lelaki Cuba Sorok Tahi Bawah Fridge Bila Kantoi Terberak Dalam Seluar

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!