in

Hyrox Mohon Maaf Biarkan Atlet Terus Berlumba Walaupun Dah Terc*rit

Ft Hyrox

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertandingan kecergasan HYROX di Beijing baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas seorang atlet dilaporkan tercirit tanpa sengaja, namun masih dibenarkan meneruskan saingan sehingga tamat.

Lebih mengejutkan lagu, atlet dari Australia yang dikenali sebagai, Joanna Wietrzyk itu dilaporkan berjaya menamatkan perlumbaan berkenaan dan muncul sebagai pemenang, menurut laman web rasmi HYROX.


Artikel berkaitan : Tular Video Atlet Terc*rit, HYROX Keluarkan Kenyataan Akan ‘Banned’ Individu Yang Melampaui Batas

Artikel berkaitan : ”Macam pendekar” – Orang Ramai Teruja Tengok Lelaki Ini Berpakaian Tradisional Ketika Cabaran Hyrox Asia Di Hong Kong

Peserta lain persoal tentang kebersihan

Screenshot 2026 09 15 122453

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa pertandingan itu sedang berlangsung di ibu negara China pada Sabtu lalu.

Beberapa foto dan video yang tular di media sosial menunjukkan kaki serta kasut Wietrzyk tercemar dengan najis ketika dia meneruskan perlumbaan dan menggunakan tikar serta peralatan yang sama.

Ia sekaligus mengundang kritikan kerana peserta lain masih perlu menggunakan kemudahan yang didakwa telah tercemar, ramai mempersoalkan mengapa perlumbaan tersebut tidak dihentikan atau atlet berkenaan tidak diarahkan untuk mendapatkan bantuan sebelum meneruskan saingan.

“Kenapa mereka tidak memikirkan kesihatan peserta lain dan orang awam?” 

“Seorang atlet asing mengalami cirit-birit, mencemarkan laluan perlumbaan dan tetap menang,” 

“Ini pilih kasih terhadap warga asing.”

Selepas beberapa hari diperkatakan, HYROX akhirnya tampil memohon maaf susulan dengan kecaman yang semakin hangat di media sosial.

HYROX mohon maaf, akui silap tak bertindak segera

Pengasas bersama HYROX, Moritz Furste, mengakui pihak penganjur melakukan kesilapan kerana tidak mengambil tindakan segera ketika kejadian tersebut berlaku.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terjejas secara langsung atau tidak langsung, serta semua yang merasakan kami tidak mengendalikan keadaan ini seperti sepatutnya, Hyrox melakukan kesilapan kerana tidak bertindak segera ketika perlumbaan,” kata pengasas bersama Hyrox, Moritz Furste menerusi kenyataan semalam.

Screenshot 2026 09 15 123004

Furste turut mengambil tanggungjawab atas kegagalan pihak penganjur menjangka kejadian tersebut. Menurutnya, beberapa peraturan dan prosedur baharu telah diperkenalkan bagi memastikan insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu, HYROX China pula tidak mengeluarkan sebarang permohonan maaf secara khusus, namun mengakui sebelum ini terdapat kelemahan dalam peraturan yang menyebabkan pengadil tidak dapat campur tangan dengan segera ketika pertandingan berlangsung.

Untuk rekod, HYROX merupakan pertandingan kecergasan dalam dewan yang diasaskan di Jerman pada 2018.

Acara itu menggabungkan larian dengan beberapa latihan kekuatan seperti lunges dan mendayung, selain menggunakan peralatan seperti treadmill. Populariti HYROX juga dilaporkan semakin meningkat di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.