“Takde beza dgn binatang” – [Video] Jijik, Lelaki Cuba Sorok Tahi Bawah Fridge Bila Kantoi Terberak Dalam Seluar

“Takde beza dgn binatang” – [Video] Jijik, Lelaki Cuba Sorok Tahi Bawah Fridge Bila Kantoi Terberak Dalam Seluar

 
 
00:00 /
 
1X

Apa yang beza antara manusia dengan binatang adalah kita dikurniakan akal untuk berfikir. Dengan akal juga kita belajar cara untuk beradab. Kalau benda basic macam ni pun tak boleh buat, susahlah kan?

Menurut Daily Star, baru-baru ini, seorang lelaki telah dirakam buang air besar dalam kedai runcit sebelum ‘diam-diam’ cuba sepak tahi dia bawah peti sejuk. Alahai jijiknya perangai.

CCTV sempat merakamkan saat lelaki ni cuba untuk berak dalam seluar pendeknya di dalam kedai dan membiarkan tahi tersebut jatuh ke atas lantai.

Kejadian yang dirakamkan di Karasu, Turki ini kemudian dikongsikan ke media sosial.

Media tempatan mengatakan, lelaki yang tak dikenali ini berjaya buang air besar melalui seluarnya dan cuba untuk sorok salah satu dari najisnya ke bawah peti sejuk namun cubaannya ini meninggalkan kesan yang kotor dan menjijikkan.

Dalam video kat bawah ni, korang boleh tengok, sebelum lelaki ni berjalan ke arah kaunter bayaran, dia kelihatan mencangkung sedikit dan meninggalkan najisnya di lantai. Sempat toleh lagi nak tengok rupa ‘hadiah’ yang dia tinggalkan.

Semasa di kaunter, dia sekali lagi mengeluarkan seketul najis di depan kaunter. Takut kantoi agaknya, lelaki ni cuba nak sepak najisnya masuk ke bawah peti ais. Malangnya, tindakannya ini hanya meninggalkan kesan comot berwarna coklat di atas lantai.

Ketika cashier tiba di kaunter, korang boleh tengok dia tanya lelaki ni tentang najis pertamanya. Tapi, laki ni buat macam tak ada benda jadi je.

Di hujung video ni, kelihatan lelaki ni terus je bayar barang-barang dia dan tinggalkan kedai tersebut dalam keadaan menggelikan ini. Amboi, senang je nak suruh orang lain bersihkan ehhh?

Fahamlah, accident happens. Tapi janganlah buat macam ni. Mengaku je lah kau dah terberak lepastu bersihkan. Benda simple. Bila benda dah viral macam ni kau lagilah malu kan? Ish

 

Baca: “Tengah bercinta, ta*k pun wangi” – Sebab Sayang, Lelaki Ni Sanggup Bersihkan Tahi GF Yang Tercirit Depan Public

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson