Isu pengacara dan pelakon, Noor Neelofa dan suaminya, PU Riz yang telah merentas negeri ke Pulau Langkawi baru-baru ini atas urusan kerja dengan syarikat produk minuman, Chatime nampaknya hangat diperkatakan netizen.
Meskipun hal ini telah dijelaskan oleh pihak Chatime sendiri dan pihak polis atas penglibatan pasangan pengantin baru tersebut yang dikatakan melawat cawangan baru Chatime di Zon Utara, masih ramai netizen yang menganggap selebriti ini menggunakan alasan itu untuk berbulan madu.
Tiba-tiba hari ini pula, syarikat produk minuman, Tealive telah memuat naik beberapa tweet yang didakwa netizen ditujukan terhadap isu tersebut.
https://twitter.com/TealiveMY/status/1377094058976321536
Tealive dilihat memberi peringatan bahawa pergerakan rentas negeri sehingga setakat ini masih tidak dibenarkan di seluruh negara.
https://twitter.com/TealiveMY/status/1377092261784084480
Malah salah satu tweet yang dimuat naik juga mengandungi ayat tergantung mengatakan syarikat minuman tersebut lebih baik daripada ‘sesuatu’.
“Tealive takde ke nak buka cawangan kat Langkawi?”
Rata-rata netizen di posting tersebut juga tertanya-tanya motif di sebalik tweet yang ditulis Tealive ini. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada tweet ini benar-benar ditujukan buat pesaingnya, Chatime atau tidak.
Amboi laju je ye korang ni… Entah-entah admin tu saja nak bagi peringatan je.