in

“Lepas kahwin terus fikir kerja” – Polis Sahkan Beri Kebenaran Neelofa & Suami Ke Langkawi Atas Urusan Kerja

Neelofa Haris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh semalam di media sosial membincangkan isu pengantin baharu, Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail yang dikatakan telah merentas negeri ke Pulau Langkawi atas alasan sedang berbulan madu.


Walau bagaimanapun, persoalan netizen akhirnya terjawab selepas pihak Chatime Malaysia menerusi Instagram mereka menjelaskan bahawa Neelofa dan Haris telah merentas negeri atas alasan menjalankan lawatan kerja. 

1092477

Menurut satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan malam tadi, Chatime memberitahu yang Neelofa telah menjalankan lawatan kerja ke tiga lokasi di Zon Utara iaitu Sungai Petani & Langkawi (Kedah), serta Kangar (Perlis) bagi tujuan pembukaan cawangan baru Chatime di Zon Utara.

Dalam pada itu, Polis Daerah Brickfields juga telah mengesahkan yang mereka memberi kebenaran kepada selebriti Neelofa dan tiga lagi individu lain untuk bergerak ke Langkawi atas urusan kerja dan bukan berbulan madu, lapor Harian Metro.

Berdasarkan permohonan wakil syarikat produk minuman itu di Balai Polis Sri Hartamas, tujuan utama Neelofa dan wakil syarikat terbabit serta dua orang lagi adalah atas urusan kerja.

Lofa 1 1

Mengikut permohonan itu juga, mereka telah dibenarkan bergerak ke lokasi bermula 27 Mac hingga 4 April 2021.

Mereka dijadual tiba di Langkawi pada 29 Mac dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat cawangan Chatime di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April.

“Justeru, saya tegaskan kebenaran permohonan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Sri Hartamas adalah atas urusan kerja dan bukan untuk tujuan berbulan madu,” jelas Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni.

Lofa 2
Imej dari ig story neelofa berkaitan chatime

 

“Jarang orang kahwin hari ini esok dah mula kerja” – Netizen 

Menerusi tinjauan admin di media sosial, rata-rata netizen seperti kurang percaya dengan alasan tersebut malah ada juga yang beranggapan Neelofa seorang yang sangat ‘workaholic’ kerana sudah mula bekerja sebaik lepas selesai urusan perkahwinan.

Walau bagaimanapun, masih ada ada juga yang bersangka baik dan meminta netizen lain untuk tidak mencampuri urusan selebriti berkenaan dan suaminya itu.

Kerjaaaa La

Dalam pada itu, pihak polis juga sempat mengingatkan sekiranya terbukti Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, pihak mereka boleh mengambil tindakan kerana melanggar SOP yang ditetapkan MKN.

Marilah kita bersangka baik. Mana tahu mereka memang betul pergi ke Langkawi atas urusan kerja kan? 

Baca: “Yang itu, no commen” – Hadir di Majlis Nikah Neelofa, Datuk Seri Zulkifli Enggan Ulas Ketika Ditanya Tentang Pelanggaran SOP

Ft Lofa

Sumber: mstar
Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.