in

“Perempuan murah, macam pelacur!” – Gara-gara Tak Layan Mesej di LinkedIn, Lelaki ‘Gatal’ Panggil Wanita Pelacur

Cheap Man

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya makin banyak pula kes melibatkan lelaki gatal dan singkat akal yang suka-suka menghantar mesej tak senonoh kepada wanita.


Lagi mengejutkan apabila kes ini berlaku di platform seperti LinkedIn di mana penggunanya membuka akaun di sana untuk mencari pekerjaan dan mengembangkan komunikasi secara profesional.

 

“Suka hati je nak label my GF pelacur sebab tak respond to his message” 

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas teman wanita diganggu oleh seorang lelaki di laman LinkedIn.

Menurutnya, lelaki ‘gatal’ terbabit pada awalnya kerap menghantar mesej kepada kekasihnya dan meminta wanita itu menghubunginya secara personal. Bila wanita tersebut ‘ignored’ mesej tu, dia mula cakap wanita ni sombong dan panggil dia pelacur. Pulak dah! 

Gatal 1

Elgmcmavuaekwyc

Elgmcmbvuaeohew

Elgmcqoueaapnnv
sumber: twitter

 

“Pernah kena dengan the same guy! Dia cakap dia study kat MSU” 

Posting yang viral ni kemudian mendapat perhatian netizen yang mengaku mereka juga pernah jadi mangsa kepada lelaki yang sama. Menurut mangsa-mangsa, lelaki ini pernah kutuk dan cakap perkara tak senonoh dengan mereka kalau mereka tak melayan mesejnya di LinkedIn. Alahai gila ke apa ni? 

Hebat
sumber: twitter

 

Netizen beramai-ramai report akaun ‘lelaki gatal’ di LinkedIn? 

Sebab itulah orang kata, jangan pandang rendah dengan kuasa viral dan netizen. Info terbaru yang admin tengok, ramai dah mula research pasal lelaki ini dan menjumpai akaunnya di Facebook pula.

Elmkcodw4Aawvwf
sumber: twitter

Ada yang sudah mula block lelaki tersebut dan buat report di LinkedIn. Haa nampaknya sudah ‘terciduk’ ye di situ.

Harass
sumber: twitter

Harap-harap netizen kat luar sana berhati-hatilah dengan golongan macam ni di media sosial. Kalau dapat mesej pelik-pelik, eloklah korang report atau block je, senang kan? 

Baca: “Tak dapat cara lembut, aku paksa!” – Gangguan Seksual Zaman Sekarang, Dekat Group Whatsapp Pun Jadi!

Hhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.