in

“Tak dapat cara lembut, aku paksa!” – Gangguan Seksual Zaman Sekarang, Dekat Group Whatsapp Pun Jadi!

Gangguan

Zaman sekarang ni rasanya memang dekat mana-mana pun berlaku gangguan seksual tak kira pada perempuan atau lelaki.

Boleh berlaku di media sosial, apatah lagi kalau depan-depan kan? Selain tu, antara isu yang selalu sangat dibangkitkan bila berlaku gangguan seksual adalah ‘siapa suruh tak tutup aurat’. Betul?

Tapi ada juga kes wanita berpakaian sopan, bertudung labuh dan tak kira usia contohnya warga emas serta kanak-kanak yang kena gangguan seksual. Memang kebanyakan mangsa gangguan seksual adalah wanita tapi ada juga kes di mana lelaki diganggu oleh kaum wanita.

Gambar1
sumber: twitter

Seorang anonymous di Twitter ada buat thread beberapa bulan lepas namun hal ini dibangkitkan semula kerana gangguan seksual masih berleluasa.

Thread ini menceritakan contoh-contoh dan bagaimana gangguan seksual berlaku pada zaman sekarang ni. Jangan terkejut tapi melalui Whatsapp pun boleh berlaku dan mangsa tidak kira usia!

 

“Cuba teka size apa”

Size yang dimaksudkan adalah size payudara serta coli seseorang wanita. Bila tak pakai tudung, kata tak tutup aurat. Tapi bila pakai sopan boleh pula nak main teka size pulak. Imaginasi melampau!

Gambar2
sumber: twitter

 

Warganegara vs Warga Asing

Saya melukis ini sewaktu orang kita ada mentaliti lebih baik tutup aib mangsa rogol dan perogol daripada melakukan laporan polis. Sekarang orang sudah mempunai kesedaran walaupun masih victim blaming. Namun apabila warga asing yang buat salah…”

Gambar3
sumber: twitter

 

Whatsapp group sembang lucah

Sesetengah orang, mereka ni ada Whatsapp group sesama geng lepas tu masing-masing send gambar lucah, gambar seksi atau bogel. Tak pun ada juga yang ambil gambar orang awam di bahagian tak sepatutnya, lepas tu buat topik perbualan pulak dalam group tu!

Gambar4
sumber: twitter

 

Terang-terangan ‘buat hal’

Ada juga sesetengah orang yang memang tak tahu malu dan selamba buat gangguan seksual terang-terangan di media sosial. Kadang-kadang tu ada yang memang guna account sendiri, siapa ada gambar.

Bodoh1
sumber: twitter

Ada lagi banyak info dan komen dalam thread tu. Kalau nak baca lebih lanjut korang boleh pergi dekat Twitter anonymous tu.

Disclaimer: Artikel ini diambil dan bersumberkan Twitter berkenaan. Sebarang gambar atau komen bukan daripada Lobak Merah.

Baca: “Saya rindu ex saya” – Guru Memandu Duduk Sambil Raba Remaja 18 Tahun Masa Tengah Latihan Atas Jalan

Kereta 1