in

“Penyumbang zakat terbesar di Selangor” – Aliff Syukri Tak Pernah Culas Bayar Zakat Sejak Umur Belasan Tahun & Dah Bantu Ribuan Asnaf

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Aliff Syukri telah memuat naik gambar cek berjumlah lebih RM50 ribu untuk dia bayar zakat. Menurut ahli perniagaan ini, walaupun sales terjejas teruk akibat dari PKP ini, dia masih mampu untuk membuat banyak jualan dan boleh membayar zakar setiap bulan seperti biasa.


Evh Vv4Vaaaw Fq

Ekoran dari perkongsian di Instagram peribadinya ini, ramai netizen mula menyelar tindakan Aliff ini yang dikatakan riak dan menunjuk serta bertentangan dengan agama Islam.

Screenshot 2020 04 16 At 11.59.25 Am Down

Pun begitu, seorang ustaz, Faisal Rahim yang juga pernah bekerja dengan zakat mengatakan yang Aliff Syukri ni merupakan seorang peniaga yang konsisten dan kerana bantuan zakatnya, dia dah membantu ribuan asnaf.

Bukan tu je, ustaz ini turut memberitahu bahawa zakat merupakan antara ibadah yang dibenarkan untuk dihebahkan bagi menggalakkan orang lain timbul keinginan untuk membayar zakat.

Tambah ustaz ini lagi, dari usia Aliff belasan tahun lagi dia dah bayar zakat dan ini adalah antara sisi baiknya yang tak ramai orang nampak.

Screenshot 2020 04 16 At 12.07.12 Pm Down

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan bantuan Aliff Syukri setiap bulan ni dapatlah bantu golongan yang memerlukan.

 

Baca: “Macam Terencat” – [Video] Dato’ Aliff Syukri Dan Nursajat ‘BerTikTok’ Mengundang Kecaman Netizen?

Screenshot 2020 04 16 At 12.18.30 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.