in

Penunggang Motor Lalu DUKE Hati-Hati! Penyamun Pasang Jerat Ni!

Koyak Kulit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haih macam-macam lah taktik penyamun zaman sekarang ye! Baru-baru ni, seorang penunggang motosikal alami kecederaan di leher ketika menunggang di Lebuhraya DUKE dekat susur keluar Gombak kerana terjerat tali pancing!


41991802 1967739219950134 559709224502820864 N
sumber: facebook

Kejadian yang dikongsikan mangsa bernama Afiq Izwan ni viral di Facebook dan menurutnya, tali pancing tu dah digantung kat tengah-tengah jalan di exit Taman Rowther dan Taman Koperasi Polis 1, Gombak. Gilalah! 

Selain alami kecederaan di leher, lebih mengerikan tali pancing ni jugak mengoyakkan tali helmet yang dipakainya. Wuishh admin dah terbayang Final Destination dah ni!

41937270 1967739196616803 4974522046684856320 N
sumber: facebook

“Pedih weh! Sedangkan pakai helmet dan bawa slow pun boleh sampai koyak helmet. Okay cuba bayangkan kalau ada orang yang tak pakai helmet tambah pulak bawa laju. Tak terkehel ke leher dia. 

“Nampak macam remeh kan? Tapi yang remeh tu yang bahaya sebenarnya,” kata Afiq.

Tambah mangsa, tali pancing ni memang digunakan sebagai jerat untuk penyamun samun budak motor yang lalu dekat laluan motosikal untuk ke plaza tol. Sebab tu lah jugak penunggang motosikal sedaya upaya cuba elak dari guna jalan ni di waktu malam. Haih kesiannya!

42044394 1967739226616800 6499801281526235136 N
sumber: facebook

Menurut sumber, mangsa dah pun buat laporan polis dan penduduk sekitar Gombak serta mereka yang menggunakan jalan ni dinasihatkan berhati-hati terutamanya pada waktu malam.

Viralkan kat kawan-kawan yang selalu guna jalan ni. Berhati-hatilah di jalan raya! 

Baca: [VIDEO] Siapa Lalu Jalan di Mersing Ni Hati-hati, Kontraktor Tak Ikut SOP Baiki Jalan

Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.