in

Penonton Bola Berang Terpaksa Cangkung Kerana Stadium Tidak Mempunyai Ruang Letak Kaki

Page Bola 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat bola sepak pastinya menginginkan tempat duduk yang selesa ketika sedang menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran mereka di stadium. Oleh itu, kebanyakan stadium akan direka dengan penuh teliti bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengunjung.


Namun begitu, sebuah stadium di Indonesia gagal menitikberatkan hal pengunjung kerana telah menyediakan kerusi terlalu rapat sehingga tiada ruang untuk meletakkan kaki mereka ke bawah.

Bola1
sumber: facebook
Bola8
sumber: facebook

Menurut Coconuts, pada minggu lalu, perlawanan bola telah diadakan di Stadium Citarum, Semarang diantara pasukan PSIS Semarang menentang PPLM Jakarta. Walau bagaimanapun, peminat yang bersemangat untuk menyaksikan perlawanan tersebut berang kerana mereka terpaksa mencangkung sepanjang perlawanan berlangsung. Penat lah!

Bola7
sumber: facebook

Seorang peminat telah memuat naik gambar keadaan di situ dan menyatakan rasa tidak puas hati di Facebook. Gambar tersebut terus menjadi tular dan rata-rata netizen sangat terkejut dengan kedudukan kerusi di dalam stadium itu.

Hal ini telah tersebar dan mendapat perhatian daripada StadiumDB iaitu sebuah laman sesawang yang menyediakan data mengenai stadium bola sepak seluruh dunia. Mereka juga menggambarkan susunan kerusi itu sebagai mengarut dan bahaya.

Bola2
sumber: facebook
Bola3
sumber: facebook

Difahamkan PSIS Semarang baru-baru ini telah memenangi Liga Bola Sepak Utama Indonesia dan sekaligus menjangkakan kedatangan lebih ramai peminat bola untuk menyaksikan perlawanan tersebut di satdium mereka iaitu Stadium Jatidiri.

Sementara pengubahsuaian dijalankan, perlawanan pra-musim dan perlawanan exhibition telah diadakan di Stadium Citarum. Oleh itu, mereka telah memasang kerusi tanpa berfikir dalam masa yang singkat bagi menampung jumlah peminat yang ramai.

Bola5
sumber: facebook
Bola6
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, mereka terlupa untuk mengambil kira keselesaan dan keselamatan para pengunjung di stadium tersebut. Bukan itu sahaja, pengunjung juga menjadi tidak selesa kerana terpaksa mencangkung dan mengotorkan kerusi tersebut.

Difahamkan pengurusan PSIS telah menerima aduan pengunjung dan telah mengumumkan bahawa mereka akan mencabut kerusi yang telah menutup ruang meletak kaki supaya para pengunjung akan lebih selesa di masa akan datang.

Penat lah nak kena menyangkung sampai game habis!

Baca: Tiket Final Piala Malaysia Habis Dijual Dalam Masa 45 Minit, Penyokong Kedah Tidak Puas Hati

7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.