Ramai pula yang cuba nak ambil kesempatan apabila berlakunya PKPB ni. Di musim penghujung Ramadan sewaktu PKPB ini ramai pula yang nak ‘curi-curi balik kampung.
Kita dapat lihat sendiri pada 16 Mei lepas, sebanyak 508 buah kenderaan ditahan kerana cuba-cuba nak balik kampung.
Tak cukup roadblock, polis akan datang rumah periksa
Nampaknya PDRM ambil serius dengan isu ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengatakan bahawa mereka akan kesan individu-individu yang cuba rentas negeri untuk sambut hari raya dengan keluarga mereka.
“Selain melakukan sekatan jalan raya, polis akan memeriksa kawasan perumahan dan desa untuk kesan mereka yang telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan melakukan perjalanan rentas negeri ‘balik kampung’ untuk Hari Raya.”
The Star ada melaporkan bahawa pihak polis dan anggota tentera akan buat pemeriksaan di rumah dan di kampung halaman seluruh Malaysia. Mereka juga akan buat pemeriksaan kenderaan jika pemandu itu mempunyai kebenaran untuk rentas negeri.
Mereka yang ditahan akan disiasat Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Polis sampai terpaksa buat macam ni sebab masih ramai lagi yang tak faham COvid-19 ni masih lagi liat berlegar-legar diluar sana. Kalau kes ni jadi naik balik, sia-sia je kita selama ni lawan untuk kurangkan kes.
Baca : Tak Perlu Minta Kebenaran PDRM, Rentas 3 ‘Negeri’ Ini Dianggap Perjalanan Antara Daerah