in

Penjawat Awam Kanan Kini Boleh Naik Penerbangan ‘Business Class’ Bagi Urusan Dalam Negara

penjawat awam kelas ekonomi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai di antara rakyat Malaysia yang memilih untuk melayakkan diri dan bekerja dalam sektor kerajaan, ini kerana terdapat pelbagai kelebihan apabila anda menjadi salah seorang penjawat awam.

Ini termasuklah kemudahan dalam membuat pinjaman bank, elaun sara hidup malah apabila anda bekerja dalam sektor kerajaan, akan ada bonus yang diberikan mengikut kelayakan serta tempoh anda bekerja.


Sebelum ini pihak kerajaan telah menetapkan penjawat awam hanya boleh membeli tiket penerbangan kelas ekonomi bagi urusan rasmi.

pap

Pun begitu, kerajaan telah menarik balik peraturan perjalanan udara tersebut dan terdapat pekeliling baru menyatakan bahawa penjawat awam kini layak melakukan perjalanan udara dalam kelas perniagaan (business class) semula jika mereka layak.

pekelilingpu

Ini bermakna penjawat awam kanan iaitu Gred 53 dan ke atas serta pegawai polis berpangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) boleh melakukan perjalanan dengan tiket penerbangan kelas perniagaan tertakluk kepada kelayakan.

Menurut pekeliling tersebut, Kabinet telah membuat keputusan untuk menarik balik undang-undang itu semasa mesyuarat pada 30 September lalu.

Difahamkan, peraturan ‘kelas ekonomi sahaja’ telah dikenakan tahun lepas, sebagai sebahagian daripada langkah pemotongan kos kerajaan.

Sumber: rnggt.com, BFM

Baca: Belanjawan 2023: Kerajaan Bentang Bajet Terbesar Dengan Peruntukan Sebanyak RM372.3 Bilion

Collage 18

Sumber: rnggt.com
Sumber: BFM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.